Berita baik sekali lagi untuk para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin telah mengumumkan bahawa BR1M akan dijadikan inisiatif tahunan.
Nampaknya rakyat akan sentiasa tidak sabar untuk menanti tahun yang berikutnya untuk tiba. Apatah lagi jika BR1M yang berjumlah RM500 akan dinaikkan menjadi RM1000 seperti yang diberitakan pada bulan February lalu:
Kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M mungkin dinaikkan daripada 500 ringgit kepada seribu ringgit pada masa akan datang jika ekonomi negara terus kukuh.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan itu tidak mustahil sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Sumber
Wah! Sudah pasti ramai rakyat yang bersenang hati jika BR1M menjadi RM1000 kan. Apapun, BR1M ini masih belum dimuktamadkan. Yang pasti sekarang, Najib telah umumkan BR1M akan dijadikan inisiatif tahunan.
"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung kelmarin.Sumber
Inilah contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah. Tapi, rakyat janganlah pula asyik bergantung dengan bantuan seumpama ini dari kerajaan sebab untuk keluar dari kemiskinan dan mengubah hidup kita kepada yang lebih baik adalah berasal dari usaha, titik peluh kita sendiri.
As-Salam
Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah bagi. Bukan PM bagi tau. Hehe^^
Uzu dapat baucer ni kelmarin petang. Nasib baik tak sesak. Kejap je urusan.
Balik dari dewan ambik baucer, uzu terus tebus kat Public Bank. Hehe
Serius tak sesak jugak. Bank lain bukan main pjg lagi beratur. Hehehehehehe
Dah dapat duit. Best ! Tengah menabung nak beli "gadjet impian" ku ^^
InsyaAllah semoga murah rzeki.
Once again, Thanks PM !! Tapi undi adalah rahsia hahahahah :D
Cara Mendapatkan Borang Rayuan BR1M 2.0
Anda boleh mendapatkan borang rayuan bantuan rakyat 1Malaysia di mana-mana cawangan
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan isi borang tersebut selengkapnya sebelum dihantar semula ke LHDN tersebut.
Selain itu juga, anda boleh membuat rayuan BR1M 2.0
secara online dengan melayari laman web rasmi BR1M 2.0 dan mengisi borang secara online. Borang rayuan akan diupdate dari semasa ke semasa)
Salam.
Ada tak yang berminat nak buat lesen motor ? Mesti ramai yang nak kan?
U all da daftar tak? Kalau belum jom kita pakat daftar ramai-II ..
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.
- Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
- Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
- Sihat tubuh badan
- Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
- Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
- Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
Cara pemohonan BR1M RM199
- Kepada yang berkelayakan dan berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program ini melalui laman sesawang rasmi BL1M klik url www.bl1m.my
- Pautan (link) untuk isi borang daftar online klik http://www.bl1m.my/daftaronline.html
- Jika mengalami kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M,anda boleh guna MyEG sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik http://www.myeg.com.my/BM/index.html.
- Atau ambil borang di pusat khidmat negeri masing-masing.