As-Salam
Gambar Rumah Mewah Dato Siti Nurhaliza di Cameron Highland
Gambar Rumah Mewah Dato Siti Nurhaliza Bukit Antarabangsa
Gambar Rumah Mewah Dato Siti Nurhaliza Pahang
Gambar Rumah Mewah Dato Siti Nurhaliza Cheras
Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil dua orang anak angkat dari Gaza.
“Jika diberi kebenaran untuk saya mengambil anak angkat tersebut, saya tidak keberatan untuk menjaganya,tetapi semuanya saya perlu bincang juga dengan suami terlebih dahulu,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis amal dan minum petang ‘Pembangunan Semula Gaza’.
Menurut beliau lagi, keinginan untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu juga sedang dalam perbincangan bersama suami. Hasratnya itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.

1 April 2013- Hari yang istimewa bagi saya hari ini dan tentunya ulangtahun ke 18 dalam industri ini adalah perjalanan yang sukar untuk dilupakan. Terima kasih kepada semua peminat yang membesar bersama kerjaya saya, terlalu banyak pengorbanan anda dalam karier saya selama ini. Tidak ada ungkapan terbaik selain terima kasih yang lahir dari hati kecil saya buat semua. Kepada yang menyokong kerjaya saya sejak awal hingga ke hari ini, membeli album2 saya, datang menonton persembahan dan konsert, bersama dengan saya dalam susah dan senang, saya hargai apa setiap seorang daripada anda. Walaupun selama 18 tahun ini ada di antara anda yang masih belum berkesempatan bertemu saya, atau ada tempat yang belum saya hadiri tetapi saya berharap semoga karya saya akan terus mengiringi anda semua. Saya sangat terharu mempunyai `peminat2' seperti anda semua dan tentunya momen hari ini sangat manis untuk diraikan dan dikenang. Saya akan susulkan pengumuman terbuka mengenai majlis bersama saya selepas ini tepat hari ini (walaupun sblm ini disampaikan kalangan Sitizoners sahaja). Kepada yg berkesempatan jangan lupa luangkan masa anda bersama saya nanti. Terima kasih untuk segala2nya. Salam sayang....




Comey nyaaaa ! suka tengok Datuk Siti pakai tudung.
Alhamdulillah. AYu tak??