Salam Ramadhan.
Alhamdulillah kerana diberi peluang berbuka Puasa di Cafe' TATU di Shangri-La Resort and Spa Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah pada hari Isnin (yesterday) 30 Julai 2012 :)
Kami sebagai blogger berTERIMA KASIH atas jemputan daripada Director of Communications, Mrs Samantha Siow dan
Miss Angeline Ong kerana menjemput saya dan blogger lain dalam acara ini :)
Jom review makanan berbuka buffet ramadhan ni.
RM 98/orang ^^
Amacam? best tidak food review ni?
Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen ya !!
Salam :)
Hari tergerak pulak buat status fb pasal zodiak.
"Sekali baca zodiak, 40 hari solat x akan diterima"
Aku actually kurang pasti hal ni tapi bila tetiba ada yang tanya kebenarannya,
terus la mintak tolong Pakcik Google.
Apa hukum membaca zodiak tapi hanya membaca untuk suka-suka dan bukan percaya?
Dah tau kan kebenarannya? So dah dah la baca zodiak tu.
Aku bab zodiak memang dah tobat lama dah :)
Sama-sama renungkan dan beramal ^__^
Salam
Hari tetiba rasa rindu dengan geng2 aku yang rapat masa sem 5 6 :)
Masing-masing dah bawak haluan sendiri .. huhu sedih =.=
Solat Tarawih dan Witir secara berjemaah pada setiap malam Ramadhan
Makan sahur & Melewatkan makan sahur
Menyegerakan berbuka puasa (setelah yakin masuk waktu) & Mulakan berbuka dengan kurma.
Berdoa sebelum dan setelah berbuka. Doa orang yang berpuasa termasuk doa yang mustajab!
*walaupun hadis yang pertama dhaif tapi para ulama membenarkan beramal dengannya dalam perkara fadhail amal (kelebihan-kelebihan beramal)*
Perbanyakkan Tadarus al-Quran
Tadarus al-Quran bukan terhad pada bulan Ramadan sahaja
Perbanyakkan sedekah
"geng..mo tanya pendapat ni. Mana 1 penting. cinta atau cita2?"
"bulan puasa ni. x perlu cinta..cinta dengan tuhan dulu.Bulan puasa setahun sekali..Rugi kalau kita xdapat jumpa tahun depan" kata-kata BFF aku c Aizuddin ni.
Kan dah kena shoot! Hehe Tp x ambik kisah pon dia kata apa. Teguran yang baik InsyaAllah akan diterima.
CITA-CITA
Pendapat aku, cita-cita penting sangat untuk kehidupan masa depan kita akan datang. Untuk kebahgiaan jangka panjang. Aku ulangi, untuk JANGKA PANJANG!!
CINTA
Bingung dengan cinta..? Sekiranya cinta itu boleh memupuk kita untuk teruskan kejar cita-cita , apa salahnya kan? Tapi jika cinta yang menyebabkan kita terbantut terhadap cita-cita, just leave her/him.
Tolak CITA-CITA demi CINTA?
Dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda tapi dia tolak sebab xmau level education dia lebih tinggi dari pakwe dia.
Tapi Alhamdulillah diorang dah jadi suami isteri sekarang ni ^__^
Tolak CINTA demi CITA-CITA?
Hehehe belum ada aku jumpa orang camni. ^^
Kisah kita bukan semua yang sweet-sweet kan? So..Beringat dan kena fikir dalam mengambil keputusan ^__^
Salam.
1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.
2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.
3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.
4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.