As-Salam
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
credit to : Zon Cinta
As-Salam
Dah tengok Filem Minyak Dagu ?? Dengar-II kutipan untuk Filem Minyak Dagu mencecah 1.2 juta.
Fuhhhh banyak gak kan ??
Uzu tak nafikan memang terbaik la filem minyak dagu ni.
Hari tu tengok Filem Minyak Dagu dengan adik-II sepupu , dah la tengah malam, tengok lagi cerita seram.
Perghhh terjerit sana terjerit sini..
Filem ni menceritakan tentang jalan hidup Emelda yang putus tunang dengan Azman disebabkan Azman seorang yang pemarah , pemukul dan panas baran terhadap tunangnya Emelda.
Kembalinya bekas kekasih Emelda, iaitu Johan membuatkan Emelda kembali kepada Johan dan membuat perancangan berkahwin dengan Emelda.
Azman, bekas tunang Emelda tak puas hati dengan keputusan Emelda putus tunang dan mencari altenatif lain untuk mendapatkan Emelda semula. Azman membuat keputusan untuk menenui bomoh dan membuatkan Emelda tergila-IIkan Azman walaupun sudah berkahwin dengan Johan.
Selepas berkahwin, pelbagai dugaan yang menimpa Emelda . Ibu Emelda berprasangka buruk bahawa Johan yang menyantau Emelda. Keadaan bertambah buruk apabila Ibu Emelda meninggal dunia.
Apa yang terjadi kepada Emelda, Johan dan Azman?
Haaaa yang tu korang kena tengok lah. Sebab lagi best korang tengok sendiri.
Memang seram filem minyak dagu ni.. Banyak kali terkejut. Dah la sound kuat. Aishhh
So yang belum tengok Filem Minyak Dagu ni, cepat-II tengok.
Dijamin puas hati :)
Salam.
As-Salam
Ini lah yang dikatakan atas penyelidikan yang dikaji oleh saintis dari Universiti Chester yang mana beliau menyatakan bahawa pekerja pejabat yang duduk lebih lama sepanjang hari perlu menukar gaya bekerja sambil beridiri sekurang-kurangnya 3 jam.
Kajian di Australia pulak mendapati terlalu duduk mempunyai risiko untuk mudah meninggal dunia walaupun aktif dalam aktiviti fizikal.
p/s : Ini hanya penyelidikan, dan mungkin cara mengelakkan daripada mendapat penyakit.
Bagi Uzu lah, bukankah Ajal sudah ditentukan semenjak kita dalam kandungan Ibu?
Tapi tak salah mengamalkan benda ni asalkan tidak memudaratkan :)
Salam
As-Salam
Sekarang ni makin banyak taktik penjenayah untuk merompak.
Baru-II ni kes pecah tingkap kereta kat traffic light semata-II nak ambik beg tangan di tempat duduk penumpang.
So, nasihat untuk anda, sila berhati-II. Malang tak berbau kan??
Just be prepare ja..
mohon sebarkan :)
Sharing is caring. Assalamualaikum..
As-Salam
Pernah tengok+dengar tak Beg Handmade? Uzu dulu masa study kat #poli pernah pakai beg handmade ni ke kelas. Masa tu jadi trend tau beg macam ni. Beg tu Uzu and BFF Uzu yang pakai.
Memang menarik perhatian orang. Orang puji sokmoo..
Apa kata u all tengok beg handmade yang cantik dan murah ni.
Comel tak beg-beg ni? Actually beg ni dijahit sendiri oleh ownernye.
Yang bestnya, beg-II ni boleh ditempah. Wahhh ini memang best kan boleh siap tempah lagi..
Boleh tengok kat
SINI koleksi-II product beg handmade kak siti ni.
Selamat bershoping online semua ^____^
Salam.
As-Salam
Masih ingat tak kes 7 tahanan membelasah Polis untuk melarikan diri?
Kalau tak ingat jom baca
sini .
BERITA TERKINI
Dua(2) penjenayah mati ditembak polis di area Tasik Gelugor kat Penang.
Berita ni diberitahu sendiri oleh seorang blogger yang tinggal kat area Tasik Gelugor
Tapi tak pasti yang mana yang mati ditembak..
So, kepada yang tinggal berdekatan area tu, mintak berhati-II tau..
Salam
As-Salam
Sama cantik dan sama padan. Secocok bagai pinang dibelah dua.
Wow ini berita gembira buat kita semua. Selepas banyak kontroversi yang melanda mereka,
akhirnya Sharnaaz buat pengakuan yang serius untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isterinya.
"Ya, memang saya kongkong Shila sebab dia bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan", kata Sharnaaz dan tidak berniat untuk mengulas lanjut.
Jom baca sini artikel penuh :
TEKAN