Salam. Selamat pagi selasa.
Baca ni..
Laaaa napa lak jadi macam ni? Iphone 5 lebih berharga dari anak sendiri?
Mana pergi naluri seorang ibu? Nak pengsan rasa dengar berita cam ni.
p/s : Jangan tiru pangai pompuan tu tau? tau ? tau?
Salam
JAIPUR - Seorang bapa di Kampung Siyana, daerah Bikaner sanggup bertindak kejam menggigit hidung dan bibir atas bayi perempuannya yang berumur lima bulan hingga putus hanya kerana mangsa menangis.
Menurut polis, Bhadar Singh, 36, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan turut memukul isterinya, Santosh selepas wanita itu enggan menurut arahannya pada Khamis lalu.
Tangisan anak sulung mereka, Bhanwar Kanwar,3, yang tidak sanggup melihat ibunya dipukul telah mengejutkan adiknya yang sedang tidur.
Radha dipercayai turut sama menangis tidak lama selepas itu.
Bunyi tangisan kedua-dua anaknya yang semakin kuat dikatakan menjadi punca lelaki tersebut berang lalu bertindak luar kawalan hingga sanggup mencederakan Radha.
Bhadar ditahan oleh jiran mereka sebelum diserahkan kepada polis pada Jumaat lalu.
Suspek kini didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun atau seumur hidup jika didapati bersalah.
Radha pula dirawat di Hospital Peringatan Putera Bijay Singh (PBSM) di Bikaner.
Ketua Jabatan Pediatrik di PBSM, Dr Girish Prabhakar berkata, Radha perlu menjalani pembedahan plastik di Jaipur kerana keadaannya kini menyebabkan bayi itu bakal berhadapan kesukaran untuk bercakap atau makan pada masa depan. - MailOnline
Salam
Gambar ni diambil di Sabah. Uzu rasa tempat ni di Pekan Nabalu. Uzu pernah lepak-II kat sini hirup kabus yang sangat sejuk dengan member dulu. View ni nampak gunung kinabalu pulak tu..Agak kerap jugak p sini sebab tu tau tempat ni kat mana.
Sebelum nak ambil gambar ni , memang orang tu tak nampak langsung burung tu ada.
Bila dia ambil gambar and tengok gambar tu, dia nampak burung ni tetiba je ada.. Uzu tengok macam helang tapi entah lah pulak.
Jom tengok gambar selepas Zoom ni pulak. Korang rasa helang ka? Uzu tengok kat google image gambar helang, ehh tak sama lah.. Ce korang google lak..
Yang ni pulak gambar di tempat yang sama tetapi guna camera handphone. Perbezaan gambar diambil hanya kurang seminit. not sure.
So korang rasa benda ni apa? Burung apakah ini ?? Ada yang boleh jawab tak??
p/s : Selamat berteka teki.. Salam
Salam.
Jom baca kisah sedih ni. Huwaaaaaaaaah cian anak dia ni :'(
Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, “Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama”.
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut.
Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.
Tapi terlambat…. Jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: “SAYANG MAMA SAMPAI BILA-BILA”.
p/s : kalau tak sayang anak, baik jangan mengandung lah =.'=
Salam dan selamat tengahari sweet readers :)
Hari ni uzu dapat bungkusan dari pada Perak. Tertanya-II jugak sapa la bagi bungkusan ni.
Daripada pejabat pos, sampai naik ke ofis, masih tertanya-II siapa la yang bagi bungkusan pos laju ni.
Bukak punya bukak tetiba nampak benda ni. Heran jugak sapa la yang bagi ni. Sejak bila lak uzu order mini calender ni.. Belek punya belek rupanya hadiah dari
Blogger Erny .
Alhamdulillah. Thanks
Erny.. Lawa mini calender ni. I like pink !! Hehe ^___^
Bukan 1 je tau uzu dapat. Ada lagi hadiah uzu dapat..Lagi awesome. Akan update nanti okay?
ok lah. Selamat makan yang sedap-II. Lunch hour time.
Thanks for reading.Salam
Salam
Yang nak join, boleh clik banner ^^
Follower :