TERKINI ! PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.
Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina. Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.
Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil. Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.
Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat. Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat! - Kedahkini.
Memang xde mention pilih pemenang by random.. So takleh guna random? Cara pemilihan pemenang ada saya mention tak? takde kan? oh maknanya tak payah cari pemenang la macam tu?
Nak print screen? Ni haa kat bawah ni print screen top referral by nuffnang.
Ada penipuan tak dalam pemilihan pemenang ni? Dah terbukti pemenang tak pilih kasih !
Dah takde rezeki awak, duduk diam2 sudah lah.
Ni yang saya nak marah gila ni. Suka hati je komen. Kalau tak puas hati, direct PM to me lah.
Kepada Bedah Benggang
"KO INGAT AKU TAK LEH NAK DETECT KO EVEN KO GUNA NAMA
LAIN KAT CHATBOX?? JANGAN JADI BODOH LAH."
Jangan kau heran kalau aku tak pernah singgah blog ko, tegur ko lagi lepas ni !
Salam
Sorry sebab terlewat beberapa minit. Jom kita tengok siapa yang menang.
Keputusan by random.
Top Referral x Top up RM10
Nombor 95
(tor referral by nuffnang)
2 Pemenang Bertuah x Top up RM 5
Pemenang 1
Nombor 73
Pemenang 2
Nombor 48
Tahniah yang bertuah ! Yang tak bertuah tu jangan sedih, nanti cuba lagi k.
Yang bertuah sila
PM uzu kat facebook. Bagi details (
link blog,no fon,jenis prabayar)
Thanks semua yang sudi support and join segmen ni :)
Hehehe k bye Salam
Assalamualaikum
Lama tak buat segmen. Korang semua jangan lupa join ye :)
SYARAT-II
1. Buat entry yang bertajuk Segmen Sabtu By Emas Putih
2. Letak banner kat atas ni ke dalam entry dan link kan ke entry ini
3. Letakkan perkataan ini
Segmen Sabtu by Emas Putih di bawah banner ,
4.
Follow blog ni dan blog
INI ..Dah siap?
5. Tinggalkan link entry korang di ruangan komen entry ini.
6. Jangan lupa ping entry korang ye ke groups blogger atau kat wall korang ye sebab ada hadiah tuk top referral :)
HADIAH
Topup RM10 x 1Top Referral
Topup RM 5 x 2 Blogger bertuah
Senarai peserta akan disenaraikan selepas segmen tamat.
Segmen bermula pada 16 Mac 2013/3 petang dan akan tamat pada 17 Mac 2013/3 petang.
Thats all. Selamat bersegmen semua. Harap-II ada sambutan :) k bye Salam.
Lahad Datu, 17 Mac - Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.
"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.
Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka. "Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.
Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.
Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.
Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu. Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan. - BERNAMA