Black Terkena Buatan Orang - Juara Mentor , Black meluahkan masalah peribadinya yang mana ikatan pertunangan hampir terputusa kerana buatan orang.
Kejadian dan dugaan itu menimpa Black selepas sebulan mengikat tali pertunangan dengan perempuan pilihannya yang dikenali sebagai Cira Khairi. Black berkata, perasaannya bercampur baur menghantui dirinya serta tunangnya.
Pergaduhan bertikam lidah sentiasa berlaku antara mereka walaupun perkara dan kesilapan kecil. Black tidak tahu punca sebenar namun dia menyedari dia sudah terkena buatan orang dan memutusakan untuk tidak menonjolkan diri.
Tambahnya, orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu ialah orang yang dikenali . “Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya,” katanya.
Lagu Najwa Latif Dinyanyikan Oleh Pelajar Amerika Syarikat Dalam Bahsa Melayu - Najwa latif yang terkenal dengan lagu Sahabat ketika ini sangat terharu apabila lagu ciptaannya dinyanyikan oleh pelajar di Amerika Syarikat dalam Bahasa Malaysia
Beliau mendapat tahu berita tersebuat apabila diberitahu di laman sosial Twitter milikknya. Dia tidak menyangka bahawa mereka senang membawa lagu Sabahat.
"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.
"Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya.
"Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya .
Video yang diupload di You Tube tersebut memaparkan sekumpulan pelajar muzik Amerika Syarikat membuatkan guru muzikn yang mengajar mereka menitiskan air mata.
AWAS !! Bahaya Tidur Dalam Kereta Tidak Bergerak Dengan Memasang Aircord - Lima keluarga meninggal dunia dipercayai sikap keluarga tersebut tidur dalam kereta terutama ketika cuaca panas. Kejadian berlaku di dalam kereta milik mereka Proton Iswara di kedai penghawa dingin di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai kelmarin.
Tujuan lima keluarga tersebuat dilakukan untuk memberi keselesaan kepada mereka untuk tidur, namun yang demikian tidak menyangka menjadi punca kematian lima beranak berkenaan.
Ketika ditemui, mereka dalam keadaan yang selesa tetapi malangnya cermin kereta tertutup menyebabkan gas beracun memasuki kereta. Laporan bedah siasat akan dijalankan ke atas lima mayat tersebut berikutan sample darah dan air kencing perlu dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.
Mangsa, Lim Kah Weng, 32, isterinya, Tiew Ong Nee, 34, serta anak mereka, Lim Yah Bin, 11, Lim Sim Loo, 9, dan Lim Sim Tian, 4 dipercayai meninggal dunia akibat kekurangan oksigen beberapa jam selepas tidur dalam kereta dengan penghawa dingin dihidupkan, namun kereta itu tidak bergerak.
NGERI Meraung Di Sisi Mayat Kakak - Seorang pemuda motorsikal menangis dan meraung di sisi mayat kakaknya yang telah meninggal dunia di tempat kejadian kelmarin di Jalan Lokawi, Penampang Sabah.
Kejadian tersebut terlalu ngeri apabila kepalanya pecah dan otak terkeluar di atas jalan raya selepas digilis lori kontena di jalan berdekatan lampu isyarat Sabindo.
Kemalangan berlaku pada awal pagi kelmarin jam 11 pagi itu mengakibatkan Samsidar Samaruddin,21 berasal dari Kampung Andus maut di tempat kejadian. Adiknya berumur 19 tahun yang membonceng motosikat tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan
"Sebaik ingin memasuki jalan besar dari satu susur, motosikal yang mereka naiki telah bergesel dengan sebuah lori kontena menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya. "Kepala mangsa kemudian digilis oleh tayar belakang lori berkenaan manakala adiknya tidak mengalami kecederaan,"
Senyap seketika cerita mengenai penyanyi Adira Suhaimi atau Adira yang sebelum ini mendapat perhatian apabila ramai yang memperkatakan tentang tona kulitnya yang terlalu putih hingga ada yang menyamainya dengan Micheal Jackson.
Ini berita yang Murai terima daripada teman Murai Batu yang mendakwa Adira telah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas. Betulkah apa yang teman Murai Batu sampaikan ni? Ada juga Murai Batu belek-belek di ruangan berita lain atau surat khabar seperti tiada pula. Kata sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas.
Malah, ada yang terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia Musim 8 ini dan melihat dia seperti dalam keadaan kurang sihat. Tapi, dua hari lepas penyanyi berasal daripada Sabah ini ada memuatnaik dua video di Keek miliknya dan dia berada diatas kerusi roda dan ditolak oleh seorang teman dan memang kelihatan lemah.
Ditangannya juga ada jarum yang biasa kita lihat di tangan pesakit yang dirawat di hospital. Antara ungkapan yang keluar dari mulutnya “Kita tak larat macam nak demam. Kita duduk sini untuk makan ais krim”. Tetapi sekali lagi melihat video Keeknya itu, temannya seakan bergurau dengan penyanyi itu. Hmmmm. Murai Batu akan cuba sahihkan apakah yang berlaku kepada gadis yang berkulit putih melepak ini, sama ada dia sakit atau mungkin ada penceritaan lain disebalik video itu. A
dakah disebabkan kulitnya yang terlalu putih tersebut menjadikan dia lemah atau tidak boleh terkena cahaya panas seperti Micheal Jackson juga? Kalau disebabkan kulitnya yang terlalu putih itu memudaratkan diri Adira, Murai Batu rasa Adira harus mendapatkan rawatan lanjut. Manalah tahu di kemudian hari sakit lain pula yang datang. Minta dijauhkanlah hendaknya. Jika benar Adira berada dalam keadaan tidak sihat, Murai Batu mewakili semua pembaca mendoakan Adira cepat sembuh.
sumber : Murai
Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu bersikap kurang ajar di mana mengubah lirik lagu Negaraku serta menghina raja dan PM di laman sosial Facebooknya . Pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu mengambil tindakan membuat laporan polis semalam.
“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu.”
Demikian laporan dan dibawah merupakan bukti yang mana pelajar UMT ini menghina lagu negaraku.