Jam 6.40 minit petang tadi, Farid Kamil mengupload gambar anaknya yang baru sahaja dilahirkan di akaun Facebook rasminya. Bersama gambar terdapat juga ayat berikut
“Welcome to the World my son #baby #papito #Babah#9.7pounds”
Memandangkan hari ini telah memasuki bulan Julai, jadi pastinya ramai peminat sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata pertama pasangan ini dan menerusi laman Instagram, Diana turut memohon agar semua rakan dan ahli keluarga mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Menerusi respon peminat dilaman berkenaan, ramai antara mereka mendoakan keselamatan pelakon ini dan berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Tidak kurang juga ada yang menasihati Diana supaya memperbanyakkan doa serta zikir agar semuanya dipermudahkan.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah Abby Abadi kini memiliki kedai butik tudung sendiri yang berada di Taman Malawati.
Selain berita kesihatan berkenaan anak Adi Putra, MH Online juga mendapat khabar tentang kesihatan ibu bintang paling popular, Shaheizy Sam yang dimasukkan ke hospital, semalam.
"Mummy sudah demam sejak beberapa hari yang lalu. Semalam keadaannya nampak OK, jadi saya pun bawa Mummy ke majlis perkahwinan. Tiba-tiba badan dia panas semula.
"Bila pergi periksa, doktor nasihatkan Mummy ditahan kerana suhu badannya terlalu tinggi. Selepas semuanya OK, barulah Mummy boleh keluar," ujar Sam yang dihubungi sebentar tadi.
USTAZ KAZIM menyampaikan ceramah agama kepada masyarakat Islam, di Bukit Mertajam semalam. Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.
Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri. D
alam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.
“Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.
“Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.
Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil dua orang anak angkat dari Gaza.
“Jika diberi kebenaran untuk saya mengambil anak angkat tersebut, saya tidak keberatan untuk menjaganya,tetapi semuanya saya perlu bincang juga dengan suami terlebih dahulu,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis amal dan minum petang ‘Pembangunan Semula Gaza’.
Menurut beliau lagi, keinginan untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu juga sedang dalam perbincangan bersama suami. Hasratnya itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.