UZU'S JOURNAL

  • Home
  • Owner blog
  • uzu @ media
  • Tutorial Blog
  • Travel

Kisah Saat-Saat Sebelum Kematian Puan Sri Saloma | RAMAI tidak tahu hubungan seniwati Rosnani Jamil dan Allahyarham Puan Sri Saloma bukanlah sekadar teman biasa dalam perjuangan seni tetapi kawan yang sama-sama ketawa dan menangis. Bagi Rosnani, kematian Saloma pada 25 April 1983 satu kehilangan yang amat peribadi.

Mengimbas kembali kenangannya bersama Biduan Negara itu, Rosnani yang membahasakan dirinya `Mak’ berkata: “Mak dengan dia (Saloma) memang  best friend. Tapi, selain Mak dan Saloma, seniwati Latifah Omar dan seorang lagi  yang bukan anak wayang, Rokiah juga menjadi sahabat kami.

“Pendek kata, kami berempat ini memang sentiasa bersama,” kata Mak Nani.Pun begitu, hubungan baik Mak Nani dan Saloma sebenarnya bermula sebelumMak Nani menjadi bintang filem lagi.  Saloma ketika itu juga belum menjadi penyanyi.

Ketika kecil, mereka berdua sering mengaji al-Quran bersama di Jalan Sultan, Singapura. Mereka kemudian berpisah selepas Saloma terpaksa mengikut bapanya berpindah  ke Pontian, Johor selepas ibu dan ayahnya bercerai. Ketika usia mereka belasan tahun, Mak Nani bertemu kembali dengan Saloma, sekembalinya dia ke Singapura.

“Masa itu, Saloma dah aktif ikut kugiran. Mak pun masa itu ikut kugiran juga. Kami sama-sama jadi penyanyi.
Selepas itu, kami berpisah lagi.Ketika itu, Mak dah jadi bintang filem dan Saloma pula dah  jadi penyanyi kelab malam.

“Kemudian dengan kuasa Tuhan, Saloma berkahwin dengan A R Tompel. Dia dapat duduk di berek di Boon Teck Road seperti mana Mak. Kebetulan pula kami berjiran.

“Dari situ, hubungan kami terjalin kembali. Kami semakin rapat apabila Saloma melahirkan Armali. Ibu Mak yang jaga anaknya itu,” katanya. Ketika itu juga, Mak Nani, Saloma dan Latiah Omar sudah bersahabat baik.

Kemudian, bila mereka berpindah ke Kuala Lumpur, mereka bertiga bertemu pula Rokiah. Sehingga kematian P Ramlee dan sehinggalah Saloma sakit, Mak Nani tidak pernah jemu-jemu berada di sisi Saloma.

“Masa Saloma sakit, Mak dan Latifah yang menjaganya. Setiap hari, kami melihat keadaannya tenat.

Sehari sebelum meninggal

Mak datang ke hospital pada waktu pagi. Latifah pula datang waktu petang. Mak datang lagi pada waktu malam untuk hantarkan nasi kepada anak Saloma, termasuk Linda, Rozie dan Dian.

“Kemudian Mak balik ke rumah dan ketika menonton TV, Linda atau Sasha(anak Mariani yang dibesarkan Saloma) hubungi Mak. Dia minta Mak datang sebab doktor suruh panggil.

“Mak pergi ke sana. Mak bawa Arwah Ustaz Aziz dari Kampung Tunku atas permintaan Linda. Bila Mak sampai, anaknya berada di situ. Mak terus pegang tangan Saloma.

Mak bisik pada telinganya dengan berkata: “Hello sayang… I lahh…. If you can hear me please squeeze my hand.

Saloma buat seperti apa yang mak kata. Mak kemudian bacakan Fatihah untuknya. Ustaz Aziz juga turut membaca sesuatu,” kata Mak Nani.

Mak tengok perut dia. Mak letak kepala Mak di perutnya.. Perutnya `naik’. Tangannya  juga tak lepas pada tangan Mak. Tapi, bila perutnyaturun, ia terus tak naik-naik lagi… Mak tak mahu tengok muka dia (Saloma)…

“Bila Ustaz Aziz kata dia sudah tidak ada lagi, Mak pada mulanya tidak percaya.  Tapi, Mak akhirnya terpaksa terima hakikat pemergiannya.

Mak kemudian cium tangan Saloma dan kemudian beritahuLinda, Sazali, Armali dan Dian, yang Mama (panggilan untuk Saloma) sudah tidak ada,” katanya masih dalam nada sebak.

Jelas Mak Nani lagi, dia terus mendapatkan doktor, menghubungi anaknya, Anwardi Jamil (Didi) dan menyampaikan  berita dukacita itu kepada ibu Saloma.

“Akhirnya tinggalkan Mak, Didi, Mali (Armali) dan bapa tiri Saloma di hospital itu. Mak uruskan ambulans.  Malangnya, jenazah beliau tidak dibenarkan dibawa dalam ambulans.

“Mak terpaksa pula cari van. Mak buat segala-galanya sampai doktor ingat Mak kakak atau adik Saloma. Bila dapat van, kami berempat bersama jenazah Saloma keluar dari hospital.

“Keadaan sungguh sepi pada waktu itu. Mak sedih sebab orang yang begitu  terkenal dan dipuji suatu ketika dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang tiada  sesiapa pun tahu dan hanya kami berempat yang membawa jenazahnya pulang,” katanya mengimbas  kenangan pada 25 April 1983 itu.

Pada waktu yang sama, Mak Nani tidak memberitahu hal kematian Saloma itu kepada Latifah kerana seniwati itu mempunyai sakit jantung.

“Mak tak mahu dia susah hati bila dapat berita mengejutkan  ini,” katanya.

Untuk kali terakhir, Mak Nani melihat wajah Saloma ketika  jenazahnya dibawa ke rumahnya.

“Mak beritahu ibu Saloma, sebagai sahabat, saya sudah melakukan tugas saya. Sampai sekarang Mak tak pernah tengok kubur dia (arwah Saloma) sebab Mak berasa dia masih hidup lagi dan bernafas,” kata Mak Nani menangis.

“Tapi, saya rasa sudah sampai masanya kebenaran cerita mengenai kematian Allahyarham Saloma diketahui umum. Orang tidak tahu penderitaan dia. Sewaktu dia mula-mula mendapat kanser tulang, dia selalu bingung dan susah hati.

“Banyak benda yang menyusahkan dirinya selepas P Ramlee meninggalkannya. Dia tidak ada pendapatan tetap tapi pada masa yang sama dia ibarat ketua keluarga dalam rumahnya.

“Apabila tertekan, dia datang ke rumah Mak. Mak masakkan lauk untuk dia  sambil tonton video,” kata Mak Nani.

Seperkara yang sama mengenai Saloma dan Mak Nani ialah mereka berbintang Capricorn tetapi dilahirkan pada tarikh dan tahun berbeza. Saloma pada 23 Januari 1935 manakala Mak Nani pada 20 Januari 1936.

“Karektor kami berdua hampir sama. Tapi, yang membezakan kami ialah Mak  suka berkawan dan berjalan, Saloma pula sebaliknya. Tapi, kalau dia dah sayangkan orang itu, dia memang  benar-benar sayang. Kalau orang dah kecilkan hatinya, susah dia nak maafkan orang itu.

“Tapi, Saloma memang benar-benar sayangkan Ramlee. Macam mana Ramlee cakap buruk fasal dia, Saloma tetap suka dengan Ramlee. Lagipun, dia bertemu jodoh dengan Ramlee pun dengan cara yang sabar,” kata Mak Nani.

Cerita Uji Rashid tentang Saloma:

Uji menambah, selepas P Ramlee meninggal dunia, mereka dijemput untuk menjayakan pertunjukan nyanyian lagu popular Allahyarham.

Pada penghujung pertunjukan, Saloma muncul dan menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

“Kami juga pernah membuat persembahan di Stadium Merdeka. Ramai penyanyi popular turut serta seperti Hail, L Ramlee, A Ramlee dan Andre Goh. Sekali lagi arwah Saloma dijemput.

“Dari situ, saya semakin rapat dengannya kerana sering mengadakan persembahan bersama. Ketika menjayakan persembahan teater Kuala Lumpur! Kuala Lumpur! arahan Datuk Rahim Razali pada 1974,

Saloma dijemput sebagai bintang utama. Arwah mendendangkan lagu Air Mata  Di Kuala Lumpur, seolah-olah memberi gambaran dia tidak lama hidup di dunia ini.

“Apabila jatuh sakit dan saya sering melawatnya. Ada kala saya ke hospital bersama Rahim Razali,” cerita Uji yang mulai sebak. Menurut penyanyi terkenal itu lagi, dia menyimpan beberapa kenangan yang hingga kini masih tersemat kukuh di kotak ingatannya. ”Arwah gemar benar membelai rambut anak tunggal saya, Cico. Cico akan memanggilnya Mamama (mama  kepada mama). Satu lagi, arwah juga suka sangat membelek kukunya. ”Saya akui arwah memiliki kuku yang cantik. Malah dia begitu mengambil berat mengenai kukunya serta menjaganya dengan baik. Ada kala, dia memintal rambut dengan hujung kukunya itu.

“Ketika terlantar, saya dan bekas suami saya (Jam) pergi menziarahinya.Ibu arwah bertanya, kenal tak siapa yang datang melawat. Dia akan menyebut satu persatu nama kami.

“Dia berkata, `Ji, kuku I ni tak ada orang bela, dah tak cantik lagi’.Ibu Saloma segera memberi isyarat. Saya pun cakaplah,

“Mama, you have the best and beautiful nails around”.  Dia bertanya balik, iye ke?

“Jika ada yang perasan, karektor sebenar arwah ada ditonjolkan dalam Seniman Bujang Lapok, terutama ketika adegan arwah diganggu Sharif Dol,”katanya.

Uji adalah antara penyanyi yang sering diundang  Saloma untuk sama-sama menyerikan persembahannya.

“Perangai arwah, dia jarang memanggil ramai penyanyi. Saya masih ingat apabila kami dijemput membuat persembahan untuk kerabat sebuah negeri, dia mengajak saya turut serta.

“Di hotel itu, dia menjaga saya seperti seorang ibu.

Apabila berkumpul beramai-ramai, dia dapat merasakan yang saya tidak begitu selesa. Dia mencari alasan agar saya dapat beredar dengan baik.

“Di bilik, kami akan sambung bercerita. Apabila dah lama sangat, dia akan menyuruh saya tidur.

“Apa yang saya perhatikan, ingatan serta kerinduan arwah terhadap P Ramlee begitu mendalam.  Ia tidak pernah padam. Sebelum tidur, dia pasti akan membacakan surah Yasin serta Fatihah,” kata Uji.

Katanya, arwah juga begitu menyayangi anaknya, Armali. Kalau ternampak AR Badul, dia akan belikan baju.

“Selalunya Badul akan menjadi `model’ untuk mencuba pakaian itu terlebih dulu. Saya tanya dia kenapa, katanya

“senang sebab mereka satu saiz”.

Apabila Uji mula menyanyi, Saloma banyak memberi perangsang malah mengetengahkan bakat penyanyi muda itu kepada EMI.

“Dia yang bagi recommendation, pada hal saya tidak minat untuk menyanyi. Ketika rakaman album, saya meminta keizinannya untuk menyanyikan semula lagu Mengapa Dirindu.

“Dia memberi keizinan tetapi bersyarat,saya perlu membawanya dengan gaya sendiri dan tidak merosakkan laguitu. Apabila album itu siap dirakamkan,saya memberinya salinan. Dia puji kerana katanya saya ada gaya tersendiri.

“Saya bersyukur Saloma beri restu untuk saya terbabit dalam bidang nyanyian,” kata Uji yang turut merakamkan semula lagu popular Allahyarham seperti Jikalau Abang  Merindu, Aku & Dia dan Bintang Malam.

Uji banyak berkongsi suka duka dengan  Saloma. Malah dia terkilan dengan sikap sesetengah promoter pertunjukan ketika itu yang tidak menghormatiarwah sebagai penyanyi veteran.

“Kami pernah dibayar dengan note seringgit. Bayangkanlah, betapa tebalnya wang yang kami terima. Dah  jadi satu kerja pula untuk mengiranya.

Simpati melihat keadaan arwah yang ketika itu sudah lemah, Hail menyuruhnya berehat.  Siap mengira, Hail menyerahkan wang itu kepada arwah.

“Kami juga pernah ditipu promoter. Satu sen pun bayaran tidak kami terima ketika mengadakan  persembahan di Sabah.  Arwah sempat berpesan, jika saya ke situ, tolong minta wang yang dijanjikan. Hingga dia menutup mata,wang itu kami tidak pernah dapat.

“Saya hairan mengapa insan sebaik arwah diperlakukan seperti itu? Dia tidak pernah bercerita hal orang lain  apatah lagi menganiaya. Kalau kami bersama, dia banyak bercerita mengenai dirinya serta kenangan ketika bersama arwah P Ramlee,” kata Uji.

Uji turut meluahkan kekagumannya Biduan Negara itu.

“Arwah akan menjahit pakaiannya sendiri. Apabila ada pertunjukan pentas, dia mula sibuk menjahit. Malah ada di antara baju arwah, saya gunakan ketika berlakon Jauh Pandangan. Menyesal pula kerana tidak minta satu untuk disimpan sebagai kenangan,” katanya.

Sumber








Tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menangis lebih enam jam sambil mendakap jenazah bapanya yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Keadaan jalan yang sunyi ditambah dengan hujan lebat membuatkan tiada sesiapa yang menyedari kemalangan itu sehinggalah beberapa pengguna jalan raya curiga melihat sebuah motosikal tersadai di bahu jalan berhampiran Universiti Curtain di sini, semalam.


Motosikal dinaiki Mohd Amin Abdullah, 28, dan anaknya, Mohd Ariel dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke bahu jalan dalam kemalangan ketika hujan lebat sekitar jam 12.30 malam.

Difahamkam berlaku ketika Mohd Amin dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah bapanya di Kampung Merikan, Lutong terletak tidak sampai 10 kilometer dari asrama pekerja didiaminya di Senadin, di sini.

Saksi yang juga rakan mangsa, Micheal Nyami, 24, berkata, dia dimaklumkan sebelum kejadian Mohd Amin menunggang motosikal untuk menghantar anaknya pulang ke rumah bapanya selepas seharian menghabiskan masa bersama sempena cuti umum, kelmarin.


Seorang warga tua di China, bertindak merantai kaki dan meninggalkan anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam sebuah gua selepas kehilangan tempat tinggal di Wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.


Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan beliau telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya. Bagaimanapun menurutnya dia melawat anaknya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. Dan dia juga mengakui terpaksa merantai anaknya untuk mengelakkan beliau dari lari atau mencederakan dirinya sendiri.

Rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao yang tersiar di internet telah mendapat kritikan ramai yang menyifatkan tindakan Cheng Yuanchao seperti membela babi atau lembu.

cepat tekan banner..

hadiah yang ohsemmenanti anda
reader x nak ke? kalau nak join cepat dekat SINI
antara hadiah yang ohsem
novel terpakai (nama je terpakai tapi still cantik dan elok lagi tau)
4 pemenang ( sape cepat bole pilih yang mana satu)

majalah ujang keluaran terbaru x 2 pemenang
(gambar contoh)

Felt keychain yang superb cumel x 1 pemenang

cover photo x 3 pemenang
(gambar contoh)
topup RM10 x 4 pemenang
topup RM5 x 2 pemenang

Fridge magnet x 3 pemenang
(xde gambar)
bloglist x 3 pemenang
bloglist sebulan + review blog x 3 pemenang (dayah sendiri)

apa tunggu lagi??cepat sertai 1st GiveAway by adkdayah..tekan banner diatas

' Sticker melekat sehingga 14 September 2013 '



Dengan lafaz "Bismillah" saya lancarkan segmen "First Giveaway CikNyoonyalita" . Giveaway ni bermula pada 1/09/2013 (Ahad) sehingga 14/09/2013 (Sabtu) . Harap dapat sambutan buat kali pertama ni .



Jarang-jarang sekali penyanyi berkonsep urban pop Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil dengan imej berhijab sebegini.
Memang nampak manis dan ayu kan.

Gambar ini telah dikongsikan oleh suami kesayangannya, Noh Hujan menerusi laman Instagram, pagi tadi.

Rata-rata ramai peminat memuji penampilan Mizz Nina sebegini dan berharap dia dapat mengekalkan imej tersebut di masa hadapan.

Untuk makluman pasangan romantis, Nina dan Noh melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Mizz Nina yang terletak di Ampang Jaya, Selangor.

sumber
Newer Posts Older Posts Home

Just Call Me Uzu

Just Call Me Uzu
Formerly known as a Emas Putih (www.kisahemasputih.com) | 32 years old | Married | Blogging since 2009 (13 years ) | Love Travels | Brand Ambassador | Social Media Influencer

Search This Blog

Powered by Blogger.

Achievements

  • Co-Host Walla - TV1
  • Mingguan Wanita - Astro Prima
  • Tips Travel - Rayan FM
  • Winner Most Engaging Blog - SBB17
  • Top 5 Anugerah Pilihan Online - APO16 (TV2)
  • Winner Most Engaging Blog - MSMW16

Travel To

  • Thailand
  • Laos
  • Japan
  • Korea
  • Philippines
  • Cambodia
  • Brunei
  • Vietnam
  • Indonesia
  • Malaysia
  • Singapore

My Favourites Blog

  • Seindah Cerita
    Salam Jumaat
    19 hours ago
  • Ruby.My
    UNTAMED: Di Sebalik 35 Trofi JDT, Kepimpinan TMJ dan Semangat Juara Southern Tigers
    1 day ago
  • RAFZANTOMOMI.COM
    Gegar Vaganza Fantasia 2026 - Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan Gegar Vaganza 2026
    1 week ago
  • Mimin Adam
    ByeBye-FEVER Cooling Gel Sheet: Kegunaan, Cara Guna dan Kenapa Mak-Mak Perlu Ada di Rumah
    2 weeks ago
  • ERAZ FADLI
    Masih relevenkah erazfadli.com?
    3 weeks ago
  • ❤Sihatimerahjambu❤
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
    3 weeks ago
  • BEN ASHAARI
    Lelaki umur 40an kena tidur awal !
    4 weeks ago
  • Catatan Sue Izza
    Resepi Daging Masak Hitam Mudah Cara Cik Sue
    5 weeks ago
  • Mrs. F
    Review Jujur Nana Seafood Senawang – Port Seafood Halal yang Memang Berbaloi!
    4 months ago
  • Qaseh Dalia
    Kehilangan
    4 months ago
  • cariblogger.com
    Top Benefits of Submitting Your Business to Online Directories | SEO Services Guide
    5 months ago
  • Ainul Aqma | Lifestyle Blogger & Premium Beautiful Selangor
    Menghitung Hari : The Last Lap
    6 months ago
  • ::Blog Abah Careno::
    Kembalikan Moment Indah Raya Macam Dulu-dulu
    7 months ago
  • yaya's story
    Philips Airfryer 5000 Series Dengan SteamFry: Air Fryer + Steam Dalam Satu Peranti
    8 months ago
  • Mawardi Yunus
    Maksud TOFU, MOFU, BOFU & Istilah Penting Lain Yang Content Creator Perlu Tahu
    8 months ago
  • From View of My Eyes
    2025 : Aku Masih Hidup!
    1 year ago
  • Faizal Fredley
    Story of Side Dish and The Dancing Aurora
    1 year ago
  • Therylisa Nurul A'in
    Gangunan Bekalan Air Selangor, Bagaimana Solusinya?
    1 year ago
  • Hafiz Rahim
    Blog Terabai.. Kerja Baru.. Restart!
    1 year ago
  • ♥♥ MAMA MASZULL ♥♥
    BLOG TINGGAL NAMA JER
    1 year ago
  • Cahaya Hayati
    Hello & Hi
    2 years ago
  • Lulu-Pages
    Rahasia Gacor di Slot Master Chens Fortune: Menangkan Jackpot dengan Strategi Jitu
    2 years ago
  • Ceritera FatinBella
    My First Ever Review After I Lost My Instagram Account
    2 years ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • .: Janji Kita :.
    Dia Pergi Selamanya
    3 years ago
  • Jurufoto Perkahwinan Ipoh, Perak dan Malaysia
    Teaser Shahrul & Nur
    3 years ago
  • fizafantagirO
    Uji Minda Dengan Permainan Menyeronokkan di Mortgage Calculator
    3 years ago
  • ! *•❤•Blog Shiqin Sunshine*•❤• !
    Banyak Pilihan Online Games Percuma dan Kids Friendly!
    3 years ago
  • Emas Putih Blog
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    4 years ago
  • uyulrosli[dot]com
    KERJA KOSONG JOHOR BAHRU 2022 | KILANG OTAK OTAK JB
    4 years ago
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
    4 years ago
  • MaisarahSidi.com
    Sedapnya Mengunyah Kerepek Popia Cheese Pedas
    4 years ago
  • Junzie || Life is a Beautiful Struggle
    Menu : Salad Buah Mayonis Mudah Dan Sedap
    5 years ago
  • Dunia sebenar Shida
    Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey
    5 years ago
  • !! kisah dya !!
    DAA TRIP (CAMBODIA & VIETNAM) 2019
    7 years ago
  • iamwriter_fuzyhamid
    Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher
    7 years ago
  • I AM TINI
    Cara Memblokir Akun Instagram Teman atau Orang Lain
    7 years ago
  • Hatiku Milik ALLAH
    Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA
    8 years ago
  • The.Izz.s
    10 TAHUN IJAB QABUL
    9 years ago
  • #sweetappletravel
    TEMPAT MENARIK DI JOGJAKARTA (BAHAGIAN 4)
    9 years ago
  • Zamani 84
    Sebelum Melangkah Keluar Dari Alam Persekolahan
    9 years ago
Show 5 Show All

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2024 (4)
    • ▼  12/22 - 12/29 (1)
      • La Familia Restaurant Mexican & Italian Food
    • ►  09/08 - 09/15 (1)
    • ►  04/14 - 04/21 (2)
  • ►  2023 (17)
    • ►  12/24 - 12/31 (2)
    • ►  12/17 - 12/24 (2)
    • ►  11/26 - 12/03 (1)
    • ►  06/25 - 07/02 (1)
    • ►  05/21 - 05/28 (1)
    • ►  04/16 - 04/23 (1)
    • ►  03/26 - 04/02 (1)
    • ►  03/19 - 03/26 (1)
    • ►  03/12 - 03/19 (1)
    • ►  03/05 - 03/12 (1)
    • ►  02/05 - 02/12 (1)
    • ►  01/29 - 02/05 (1)
    • ►  01/08 - 01/15 (1)
    • ►  01/01 - 01/08 (2)
  • ►  2022 (34)
    • ►  12/18 - 12/25 (1)
    • ►  12/04 - 12/11 (1)
    • ►  11/27 - 12/04 (1)
    • ►  11/13 - 11/20 (1)
    • ►  11/06 - 11/13 (1)
    • ►  10/23 - 10/30 (1)
    • ►  10/09 - 10/16 (1)
    • ►  09/25 - 10/02 (1)
    • ►  09/18 - 09/25 (1)
    • ►  08/28 - 09/04 (2)
    • ►  08/21 - 08/28 (1)
    • ►  08/07 - 08/14 (1)
    • ►  07/31 - 08/07 (1)
    • ►  07/24 - 07/31 (2)
    • ►  07/17 - 07/24 (2)
    • ►  07/10 - 07/17 (1)
    • ►  06/12 - 06/19 (1)
    • ►  06/05 - 06/12 (1)
    • ►  03/27 - 04/03 (5)
    • ►  03/20 - 03/27 (3)
    • ►  02/27 - 03/06 (1)
    • ►  02/13 - 02/20 (1)
    • ►  02/06 - 02/13 (1)
    • ►  01/30 - 02/06 (1)
    • ►  01/16 - 01/23 (1)
  • ►  2021 (15)
    • ►  12/05 - 12/12 (1)
    • ►  10/03 - 10/10 (2)
    • ►  08/29 - 09/05 (1)
    • ►  08/08 - 08/15 (1)
    • ►  08/01 - 08/08 (2)
    • ►  07/25 - 08/01 (1)
    • ►  04/25 - 05/02 (2)
    • ►  04/18 - 04/25 (2)
    • ►  02/21 - 02/28 (1)
    • ►  02/14 - 02/21 (1)
    • ►  01/10 - 01/17 (1)
  • ►  2020 (23)
    • ►  12/20 - 12/27 (1)
    • ►  11/29 - 12/06 (2)
    • ►  11/08 - 11/15 (1)
    • ►  09/20 - 09/27 (1)
    • ►  09/06 - 09/13 (1)
    • ►  08/30 - 09/06 (3)
    • ►  08/23 - 08/30 (1)
    • ►  08/09 - 08/16 (1)
    • ►  07/05 - 07/12 (1)
    • ►  04/19 - 04/26 (1)
    • ►  04/12 - 04/19 (1)
    • ►  03/22 - 03/29 (1)
    • ►  03/15 - 03/22 (1)
    • ►  02/23 - 03/01 (1)
    • ►  02/09 - 02/16 (1)
    • ►  02/02 - 02/09 (4)
    • ►  01/19 - 01/26 (1)
  • ►  2019 (33)
    • ►  12/29 - 01/05 (1)
    • ►  12/15 - 12/22 (3)
    • ►  12/08 - 12/15 (1)
    • ►  10/20 - 10/27 (1)
    • ►  10/06 - 10/13 (3)
    • ►  09/29 - 10/06 (3)
    • ►  09/22 - 09/29 (2)
    • ►  09/08 - 09/15 (1)
    • ►  09/01 - 09/08 (1)
    • ►  08/04 - 08/11 (2)
    • ►  07/28 - 08/04 (3)
    • ►  06/30 - 07/07 (1)
    • ►  06/23 - 06/30 (2)
    • ►  05/26 - 06/02 (2)
    • ►  05/12 - 05/19 (2)
    • ►  05/05 - 05/12 (1)
    • ►  04/28 - 05/05 (1)
    • ►  04/21 - 04/28 (1)
    • ►  01/20 - 01/27 (1)
    • ►  01/13 - 01/20 (1)
  • ►  2018 (80)
    • ►  10/28 - 11/04 (1)
    • ►  10/14 - 10/21 (3)
    • ►  10/07 - 10/14 (3)
    • ►  09/23 - 09/30 (4)
    • ►  09/16 - 09/23 (2)
    • ►  09/09 - 09/16 (3)
    • ►  09/02 - 09/09 (3)
    • ►  08/26 - 09/02 (1)
    • ►  08/19 - 08/26 (1)
    • ►  08/12 - 08/19 (2)
    • ►  08/05 - 08/12 (1)
    • ►  07/29 - 08/05 (2)
    • ►  07/22 - 07/29 (1)
    • ►  07/15 - 07/22 (3)
    • ►  07/08 - 07/15 (2)
    • ►  06/10 - 06/17 (2)
    • ►  06/03 - 06/10 (3)
    • ►  05/27 - 06/03 (3)
    • ►  05/20 - 05/27 (3)
    • ►  05/13 - 05/20 (4)
    • ►  05/06 - 05/13 (1)
    • ►  04/29 - 05/06 (3)
    • ►  04/22 - 04/29 (1)
    • ►  04/01 - 04/08 (1)
    • ►  03/25 - 04/01 (3)
    • ►  03/18 - 03/25 (2)
    • ►  03/11 - 03/18 (7)
    • ►  03/04 - 03/11 (3)
    • ►  02/18 - 02/25 (1)
    • ►  02/11 - 02/18 (2)
    • ►  01/21 - 01/28 (6)
    • ►  01/14 - 01/21 (2)
    • ►  01/07 - 01/14 (1)
  • ►  2017 (164)
    • ►  12/31 - 01/07 (2)
    • ►  12/24 - 12/31 (2)
    • ►  12/17 - 12/24 (3)
    • ►  12/10 - 12/17 (6)
    • ►  12/03 - 12/10 (2)
    • ►  11/26 - 12/03 (3)
    • ►  11/19 - 11/26 (6)
    • ►  11/12 - 11/19 (1)
    • ►  11/05 - 11/12 (4)
    • ►  10/29 - 11/05 (5)
    • ►  10/22 - 10/29 (1)
    • ►  10/15 - 10/22 (2)
    • ►  10/08 - 10/15 (5)
    • ►  10/01 - 10/08 (7)
    • ►  09/24 - 10/01 (1)
    • ►  09/17 - 09/24 (6)
    • ►  09/10 - 09/17 (2)
    • ►  09/03 - 09/10 (3)
    • ►  08/27 - 09/03 (1)
    • ►  08/20 - 08/27 (3)
    • ►  08/06 - 08/13 (2)
    • ►  07/30 - 08/06 (1)
    • ►  07/16 - 07/23 (1)
    • ►  07/09 - 07/16 (2)
    • ►  07/02 - 07/09 (2)
    • ►  06/25 - 07/02 (1)
    • ►  06/18 - 06/25 (4)
    • ►  06/11 - 06/18 (5)
    • ►  06/04 - 06/11 (5)
    • ►  05/28 - 06/04 (3)
    • ►  05/21 - 05/28 (1)
    • ►  05/14 - 05/21 (2)
    • ►  05/07 - 05/14 (1)
    • ►  04/30 - 05/07 (1)
    • ►  04/23 - 04/30 (5)
    • ►  04/16 - 04/23 (8)
    • ►  04/09 - 04/16 (7)
    • ►  04/02 - 04/09 (1)
    • ►  03/26 - 04/02 (6)
    • ►  03/12 - 03/19 (2)
    • ►  03/05 - 03/12 (1)
    • ►  02/26 - 03/05 (9)
    • ►  02/19 - 02/26 (3)
    • ►  02/12 - 02/19 (3)
    • ►  02/05 - 02/12 (3)
    • ►  01/29 - 02/05 (6)
    • ►  01/22 - 01/29 (1)
    • ►  01/15 - 01/22 (2)
    • ►  01/08 - 01/15 (2)
    • ►  01/01 - 01/08 (9)
  • ►  2016 (157)
    • ►  12/25 - 01/01 (6)
    • ►  12/18 - 12/25 (2)
    • ►  12/11 - 12/18 (4)
    • ►  12/04 - 12/11 (1)
    • ►  11/27 - 12/04 (3)
    • ►  11/20 - 11/27 (1)
    • ►  11/13 - 11/20 (2)
    • ►  11/06 - 11/13 (2)
    • ►  10/30 - 11/06 (3)
    • ►  10/09 - 10/16 (6)
    • ►  10/02 - 10/09 (3)
    • ►  09/18 - 09/25 (1)
    • ►  09/11 - 09/18 (3)
    • ►  09/04 - 09/11 (2)
    • ►  08/28 - 09/04 (4)
    • ►  08/21 - 08/28 (6)
    • ►  08/14 - 08/21 (3)
    • ►  08/07 - 08/14 (4)
    • ►  07/31 - 08/07 (1)
    • ►  07/24 - 07/31 (4)
    • ►  07/17 - 07/24 (3)
    • ►  06/26 - 07/03 (1)
    • ►  06/12 - 06/19 (2)
    • ►  06/05 - 06/12 (5)
    • ►  05/29 - 06/05 (4)
    • ►  05/22 - 05/29 (3)
    • ►  05/15 - 05/22 (11)
    • ►  05/08 - 05/15 (3)
    • ►  05/01 - 05/08 (1)
    • ►  04/24 - 05/01 (5)
    • ►  04/17 - 04/24 (4)
    • ►  04/10 - 04/17 (3)
    • ►  04/03 - 04/10 (6)
    • ►  03/27 - 04/03 (3)
    • ►  03/20 - 03/27 (11)
    • ►  03/13 - 03/20 (5)
    • ►  03/06 - 03/13 (2)
    • ►  02/28 - 03/06 (5)
    • ►  02/21 - 02/28 (4)
    • ►  02/14 - 02/21 (3)
    • ►  02/07 - 02/14 (1)
    • ►  01/31 - 02/07 (3)
    • ►  01/24 - 01/31 (1)
    • ►  01/17 - 01/24 (1)
    • ►  01/10 - 01/17 (2)
    • ►  01/03 - 01/10 (4)
  • ►  2015 (203)
    • ►  12/27 - 01/03 (3)
    • ►  12/20 - 12/27 (5)
    • ►  12/13 - 12/20 (3)
    • ►  12/06 - 12/13 (3)
    • ►  11/29 - 12/06 (3)
    • ►  11/22 - 11/29 (5)
    • ►  11/15 - 11/22 (4)
    • ►  11/08 - 11/15 (1)
    • ►  10/25 - 11/01 (4)
    • ►  10/18 - 10/25 (4)
    • ►  10/11 - 10/18 (3)
    • ►  10/04 - 10/11 (3)
    • ►  09/27 - 10/04 (2)
    • ►  09/20 - 09/27 (6)
    • ►  09/13 - 09/20 (8)
    • ►  09/06 - 09/13 (4)
    • ►  08/30 - 09/06 (1)
    • ►  08/23 - 08/30 (2)
    • ►  08/16 - 08/23 (3)
    • ►  08/09 - 08/16 (6)
    • ►  08/02 - 08/09 (4)
    • ►  07/26 - 08/02 (2)
    • ►  07/19 - 07/26 (4)
    • ►  07/12 - 07/19 (2)
    • ►  07/05 - 07/12 (2)
    • ►  06/28 - 07/05 (4)
    • ►  06/21 - 06/28 (6)
    • ►  06/14 - 06/21 (6)
    • ►  06/07 - 06/14 (2)
    • ►  05/31 - 06/07 (1)
    • ►  05/17 - 05/24 (3)
    • ►  05/10 - 05/17 (4)
    • ►  05/03 - 05/10 (4)
    • ►  04/26 - 05/03 (2)
    • ►  04/19 - 04/26 (4)
    • ►  04/12 - 04/19 (3)
    • ►  04/05 - 04/12 (2)
    • ►  03/29 - 04/05 (4)
    • ►  03/22 - 03/29 (8)
    • ►  03/15 - 03/22 (6)
    • ►  03/08 - 03/15 (5)
    • ►  03/01 - 03/08 (6)
    • ►  02/22 - 03/01 (4)
    • ►  02/15 - 02/22 (5)
    • ►  02/08 - 02/15 (4)
    • ►  02/01 - 02/08 (4)
    • ►  01/25 - 02/01 (7)
    • ►  01/18 - 01/25 (7)
    • ►  01/11 - 01/18 (6)
    • ►  01/04 - 01/11 (9)
  • ►  2014 (310)
    • ►  12/28 - 01/04 (4)
    • ►  12/21 - 12/28 (3)
    • ►  12/14 - 12/21 (3)
    • ►  12/07 - 12/14 (7)
    • ►  11/30 - 12/07 (9)
    • ►  11/23 - 11/30 (8)
    • ►  11/16 - 11/23 (4)
    • ►  11/09 - 11/16 (10)
    • ►  11/02 - 11/09 (8)
    • ►  10/26 - 11/02 (13)
    • ►  10/19 - 10/26 (10)
    • ►  10/12 - 10/19 (8)
    • ►  10/05 - 10/12 (11)
    • ►  09/28 - 10/05 (14)
    • ►  09/21 - 09/28 (8)
    • ►  09/14 - 09/21 (8)
    • ►  09/07 - 09/14 (9)
    • ►  08/31 - 09/07 (8)
    • ►  08/24 - 08/31 (5)
    • ►  08/17 - 08/24 (3)
    • ►  08/10 - 08/17 (4)
    • ►  08/03 - 08/10 (1)
    • ►  07/27 - 08/03 (2)
    • ►  07/20 - 07/27 (5)
    • ►  07/13 - 07/20 (6)
    • ►  07/06 - 07/13 (3)
    • ►  06/29 - 07/06 (7)
    • ►  06/22 - 06/29 (2)
    • ►  06/15 - 06/22 (4)
    • ►  06/08 - 06/15 (1)
    • ►  06/01 - 06/08 (4)
    • ►  05/25 - 06/01 (6)
    • ►  05/18 - 05/25 (7)
    • ►  05/11 - 05/18 (2)
    • ►  05/04 - 05/11 (4)
    • ►  04/27 - 05/04 (5)
    • ►  04/20 - 04/27 (7)
    • ►  04/13 - 04/20 (6)
    • ►  04/06 - 04/13 (10)
    • ►  03/30 - 04/06 (12)
    • ►  03/23 - 03/30 (16)
    • ►  03/16 - 03/23 (8)
    • ►  03/09 - 03/16 (8)
    • ►  03/02 - 03/09 (2)
    • ►  02/23 - 03/02 (3)
    • ►  02/16 - 02/23 (2)
    • ►  02/09 - 02/16 (2)
    • ►  02/02 - 02/09 (2)
    • ►  01/26 - 02/02 (3)
    • ►  01/19 - 01/26 (2)
    • ►  01/12 - 01/19 (5)
    • ►  01/05 - 01/12 (6)
  • ►  2013 (1278)
    • ►  12/29 - 01/05 (3)
    • ►  12/22 - 12/29 (4)
    • ►  12/15 - 12/22 (6)
    • ►  12/08 - 12/15 (13)
    • ►  12/01 - 12/08 (15)
    • ►  11/24 - 12/01 (7)
    • ►  11/17 - 11/24 (13)
    • ►  11/10 - 11/17 (18)
    • ►  11/03 - 11/10 (6)
    • ►  10/27 - 11/03 (1)
    • ►  10/20 - 10/27 (12)
    • ►  10/13 - 10/20 (19)
    • ►  10/06 - 10/13 (5)
    • ►  09/29 - 10/06 (16)
    • ►  09/22 - 09/29 (15)
    • ►  09/15 - 09/22 (18)
    • ►  09/08 - 09/15 (17)
    • ►  09/01 - 09/08 (25)
    • ►  08/25 - 09/01 (12)
    • ►  08/18 - 08/25 (23)
    • ►  08/11 - 08/18 (13)
    • ►  08/04 - 08/11 (2)
    • ►  07/28 - 08/04 (15)
    • ►  07/21 - 07/28 (20)
    • ►  07/14 - 07/21 (26)
    • ►  07/07 - 07/14 (36)
    • ►  06/30 - 07/07 (23)
    • ►  06/23 - 06/30 (28)
    • ►  06/16 - 06/23 (31)
    • ►  06/09 - 06/16 (22)
    • ►  06/02 - 06/09 (21)
    • ►  05/26 - 06/02 (29)
    • ►  05/19 - 05/26 (33)
    • ►  05/12 - 05/19 (32)
    • ►  05/05 - 05/12 (27)
    • ►  04/28 - 05/05 (46)
    • ►  04/21 - 04/28 (41)
    • ►  04/14 - 04/21 (37)
    • ►  04/07 - 04/14 (51)
    • ►  03/31 - 04/07 (25)
    • ►  03/24 - 03/31 (56)
    • ►  03/17 - 03/24 (49)
    • ►  03/10 - 03/17 (45)
    • ►  03/03 - 03/10 (43)
    • ►  02/24 - 03/03 (33)
    • ►  02/17 - 02/24 (54)
    • ►  02/10 - 02/17 (44)
    • ►  02/03 - 02/10 (31)
    • ►  01/27 - 02/03 (21)
    • ►  01/20 - 01/27 (38)
    • ►  01/13 - 01/20 (31)
    • ►  01/06 - 01/13 (27)
  • ►  2012 (565)
    • ►  12/30 - 01/06 (24)
    • ►  12/23 - 12/30 (13)
    • ►  12/16 - 12/23 (19)
    • ►  12/09 - 12/16 (18)
    • ►  12/02 - 12/09 (22)
    • ►  11/25 - 12/02 (25)
    • ►  11/18 - 11/25 (33)
    • ►  11/11 - 11/18 (10)
    • ►  11/04 - 11/11 (13)
    • ►  10/28 - 11/04 (9)
    • ►  10/21 - 10/28 (6)
    • ►  10/14 - 10/21 (12)
    • ►  10/07 - 10/14 (6)
    • ►  09/30 - 10/07 (11)
    • ►  09/23 - 09/30 (12)
    • ►  09/16 - 09/23 (5)
    • ►  09/09 - 09/16 (3)
    • ►  09/02 - 09/09 (6)
    • ►  08/26 - 09/02 (4)
    • ►  08/19 - 08/26 (1)
    • ►  08/12 - 08/19 (6)
    • ►  08/05 - 08/12 (10)
    • ►  07/29 - 08/05 (19)
    • ►  07/22 - 07/29 (16)
    • ►  07/15 - 07/22 (9)
    • ►  07/08 - 07/15 (4)
    • ►  07/01 - 07/08 (10)
    • ►  06/24 - 07/01 (5)
    • ►  06/17 - 06/24 (4)
    • ►  06/10 - 06/17 (7)
    • ►  06/03 - 06/10 (12)
    • ►  05/06 - 05/13 (19)
    • ►  04/29 - 05/06 (11)
    • ►  04/22 - 04/29 (4)
    • ►  04/15 - 04/22 (11)
    • ►  04/08 - 04/15 (9)
    • ►  04/01 - 04/08 (12)
    • ►  03/25 - 04/01 (13)
    • ►  03/18 - 03/25 (18)
    • ►  03/11 - 03/18 (25)
    • ►  03/04 - 03/11 (10)
    • ►  02/26 - 03/04 (2)
    • ►  02/19 - 02/26 (14)
    • ►  02/12 - 02/19 (9)
    • ►  02/05 - 02/12 (25)
    • ►  01/29 - 02/05 (7)
    • ►  01/22 - 01/29 (6)
    • ►  01/15 - 01/22 (2)
    • ►  01/08 - 01/15 (2)
    • ►  01/01 - 01/08 (12)
  • ►  2011 (189)
    • ►  12/25 - 01/01 (16)
    • ►  12/18 - 12/25 (10)
    • ►  12/11 - 12/18 (13)
    • ►  12/04 - 12/11 (24)
    • ►  11/27 - 12/04 (10)
    • ►  11/20 - 11/27 (4)
    • ►  11/06 - 11/13 (2)
    • ►  10/23 - 10/30 (110)

Air Asia Community Blogger

Air Asia Community Blogger

Brand Collaborations

Air Asia | Air Asia Go | Tourism Japan | Tourism Malaysia | Samsung | Philea Mines Resort | Shurah | Sunsilk | Tonton | Media Prima | Swarovski | Himalaya | Yeos | Dr. Ko | Tonton vip | UPM | Uniten | Nivea | Lazada | Mcd | KFC | Honda Malaysia | Cosmoderm | Legoland Malaysia | Loreal | Celebrity fitness | Cimb bank | Booking.com | Isuzu | Flavettes | Chek Hup | SCS Butter | Mahkota | Dairy Champ | Safi | Hershey's| US Pizza | My News | CU Mart | Tasneem Natural | Gamuda | Brother Machice | Das Abdul | The Manhattan Fish Market | Food Panda | Aik Cheong | Litte Home | California Raisin | PG Mall | Guardian |

For Collaborations And Sponsorship

Email : uzu_1990@yahoo.com
Phone number : +60109379609

Followers

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes