As-Salam
Terima kasih kepada Nina Azmi (Executive, Social Media & Analytics Marketing Communications) coz Invite uzu . Dan thanks kepada blogger yang turut hadir bersama uzu :
- Miera Zahid
Pelakon Utama : Faralyna
Ikhwan HotFm, Paul Mass, dan artis baru.
Maria Tengku Sabri
I really like this picture. Suka sangat dengan background atas bangunan tu. Roof Top okay, bukan kat atas padang. Kami kat atasssss bangunan tu. Tingkat 28 kot. Gayat . Oh maiiiiiii.
Huzairie Yahya dengan Nana Azmi yang invite uzu :) Best ngan Nana ni. Happening, peramah, baik dan sporting. Dia layan kami macam kawan. ok best.
Suka dengan Anding sebab sporting. Boleh pula dia ajak "mesti kene lompat" kalau nak bergambar. Hehehe . Lepas tu banyak kali juga la kami lompat, baru menjadii. Haha.
Happening event ni. Eh tapi ramai yang tanya, macam mana kenal Huzairie Yahya (Video Couple Seminggu) tu? Actually lama dah kenal Puteri Awani dan Huzairie Yahya sebab uzu ada bekerjasama pasal Wechat dengan diorang.
Then kebetulan dia datang sini, uzu pun bawa lah dia ke Press Conference tu. Ingatkan sombong. Tapi tak. Mula-mula malu ja tapi lrupanya budak ni macam nak kena belasah je oleh kakak-kakak dia ni. Suka sangat menyakat. Ok setakat ni ja lah nak cerita. Penat. Nak tido. Good morning semua :) Salam.
Kuala Lumpur, 9 Disember 2013 – Portal video ulung Malaysia, Tonton kini menawarkan sebuah lagi siri web baharu di lamannya selepas kejayaan ‘Autumn Di Hatiku’ (hampir 1 juta tontonan video) dan ‘Sweetheart Fantasia’ baru-baru ini. Menerusi judul DAN CALONNYA ADALAH…, siri web komedi yang diterajui oleh Faralyna Idris dan Anding Indrawani; turut dibintangi oleh Maria Tunku Sabri, Kim Jin Sung (pelakon Korea), Harris Alif (Idola Kecil) dan Anas Ridzuan (Liga Lawak). Siri web yang akan bermula pada 12 Disember 2013 kelak tampil dengan episod harian bermula Isnin sehingga Jumaat setiap minggu seawal jam 12 tengah hari.

DAN CALONNYA ADALAH… mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.
Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka antaranya usahawan paling muda, Aman (Harris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi Ismail Sabri) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung - Korea) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Baharin) seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwan Hot FM), Rohan (Aldo Gumara - Indonesia) seorang atlet dan ramai lagi.
Adakah Katrina berjaya temui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihan hatinya direstui oleh ibunya, Puan Kamariah? Saksikan
DAN CALONNYA ADALAH… menerusi portal video Tonton mulai 12hb Disember 2013 – 20hb Januari 2014, episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 12 tengah hari di
www.tonton.com.my/dancalonnya.
Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.
Semakin hari, nama pasangan selebriti iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semakin mencuri perhatian para peminat industri hiburan tempatan.
Jika minggu lepas, Aeril didakwa pernah berkahwin dengan pelakon drama bersiri Nur Kasih, Ummi Nazera, akan tetapi tiga hari lepas, Wawa pula didakwa telah membuka semula tudungnya semata-mata untuk mengikuti penggambaran drama bersiri Aku Ada Wali di Seoul, Korea.
Isu tersebut timbul apabila peminat melihat sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon, Siti Saleha di laman sosialnya dengan caption berbunyi :
Menerusi foto tersebut, terdapat seorang pelakon wanita yang berada di samping Saleha dilihat saling tak tumpah seperti Wawa, sehingga perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengikut laman sosial Siti Saleha.
Rata-rata peminat telah melahirkan rasa terkejut apabila melihat Wawa membuka semula tudungnya.
Namun begitu, beberapa orang peminat telah membetulkan semula tanggapan negatif tersebut dengan menjelaskan bahawa pelakon yang berada di samping Saleha sebenarnya bukanlah Wawa Zainal, tetapi wanita itu adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 yang dikenali sebagai Ayda Jebat.
Untuk makluman, isu wajah seiras yang dimiliki oleh Ayda dan Wawa bukanlah satu perkara baru. Sekitar bulan September tahun lepas, Ayda pernah melahirkan rasa rimas apabila ramai peminat menganggap dirinya Wawa dan menafikan dakwaan kononnya dia klon kepada aktres tersebut.
Bagaimanapun, untuk semua peminat Wawa, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto Ayda Jebat untuk tatapan anda semua. Jom lihat sejauh mana persamaan yang dimiliki oleh mereka.
sumber
As-Salam
Nasi Arab? Macam sedap jer. Macam enak jer. Actually uzu dah lama nak try makan Nasi Arab ni. Tapi tak berkesempatan. First time tengok Nasi Arab ni, kat Instagram Tuan Denaihati lah. Kat
SINI . Uzu follow instagram beliau . Dan sejak dari situlah, uzu sangat berkenan nak makan Nasi Arab.
Kat semenanjung ni memang banyak Nasi Arab, kat mana-mana pun ada tapi belum tentu semuanya sedap dan enak mengikut citarasa kita. Setiap restoran lain walau lain sikit ja lah beza rasa. Nama pun Nasi Arab.
Serius kat sabah memang susah nak jumpa Nasi Arab ni tu sebab uzu tak pernah makan. Haa sejak sambung study ni, baru jumpa. Ramai post pasal Nasi Arab termasuk Tuan Denaihati sehinggakan satu tahap tu rasa teringin macam tengah mengidam. !! Haha
Lastly, jumpa juga Nasi Arab di The Mines, Kajang. Memandangkan Mines ja mall paling dekat ngan hostel uzu, uzu pun cari lah Nasi Arab ni.
Uzu jenis tak pakai sudu kalau makan kecuali makan Nasi Arab dan Nasi Briyani, Kapitan. Hehehehe. Serius sedap.. !! Hehe entry kali ni diinsprirasikan dari Tuan
Denaihati.com dan instragram beliau
@denaihati . Salam !
Page Rank Blog Emas Putih Naik !! - Baru-baru ini dunia blogger dikecohkan dengan update terbaru kenaikan page rank blog masing-masing. So, pasti ramai blogger yang check pagerank masing-II . Termasuklah uzu..
Alhamdulillah selepas 3 tahun lebih ada blog, baru naik PR ni. Selama ni PR 1 ja. Sedih. Malu pun ada juga sampai siap buang gadjet PR kat tepi blog. Haaa bila dah naik ni, boleh la letak balik. Hehehe.
Sapa yang tak tahu apa itu PR, boleh lah google. Benda ni penting tau untuk orang menilai blog kita. Dan paling susah nak naik. PR ni bukan setiap masa kena update, ada tarikh2 tertentu. Maybe dalam 2 3 tahun sekali. Cara nak tengok pula, 10/10 adalah yang terbaik.Hehe
So , korang pula.. dapat PR apa berapa? Kongsilah.. :)
As-Salam
Haiiiiiii korang. Selamat datang ke bulan Disember. Dah nak sebulan lebih jugak tak buat GA ni. Last buat pun GA October hari tu . Hehehe. So bulan ni nak buat lagi. Alhamdulillah ada respon baik dari sponser.
Kali ni uzu hanya membuat pencarian sponser cash dan beberapa barangan yang simple. Saja testing. Dan uzu memang tak ambil banyak sponser kali ini untuk memudahkan para peserta mengikuti syarat yang diberikan..
Hadiah :
Cash RM 50x2
Cash RM50x2
Cash RM50x1
Cash Rm50x1
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 5
Puzzle 3D Bernilai RM50x1
Terima kasih diucapkan kepada blogger-II yang sponser Mini GA uzu tuk bulan ini. Semoga dimurahkan segala rezeki anda anda semua. Hehehe thanks sangat-II :)