Watak yang dipegang oleh mendiang Paul Walker dalam filem 'Fast and Furious 7' bakal digantikan oleh adik pelakon itu, Cody Walker. Cody yang juga seorang pelakon lagak ngeri bakal menghabiskan pembikinan filem ini sekali gus menghidupkan semula watak Brain O'Connor.
"Pada masa ini, kita merasakan adalah perlu untuk menghentikan seketika pembikinan filem ini untuk suatu tempoh masa tetapi kami memilih untuk terus bergerak ke depan.
“Sehingga kini, kita tahu peminat juga turut berkabung bersama kami bagi menghormati pemergian Paul Walker," ujar jurucakap Universal Studios dalam satu kenyataan.
Menurut beberapa sumber dari produksi ini, Cody hanya melakonkan watak abangnya dari arah belakang atau jarak jauh. Manakala untuk rakaman jarak dekat, teknik CGI akan digunakan.
Qi Razali Masuk Hospital Sakit Kronik - Pelakon dan pengacara Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik. Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi Razali sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu.
Namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi Razali masuk hospital dan membuat keputusan untuk melakukan rawatan dengan segera. “Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius. Ikuti kisah lanjut Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang di mStar.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu Qi Razali masuk hospital untuk mendapatkan rawatan dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci,” katanya yang dihubungi pada petang Jumaat. Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan.
Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik. “Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan dan masih cuba mendalami hati masing masing. “Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain,” ujarnya. Itu tiada kaitan dengan Qi Razali Masuk Hospital.
Sejak dua menjadi, facebook telah pun mengupgrade semua yang berkaitan termasuk SEND BUTTON yang mana sangat penting untuk blogger PING entry sekaligus ke group. Fuh !!! Susah juga lah bila takde button SEND ni kan. Payah nak ping. Traffic pun sikit akibat daripada masalah ini :)
ok tadi blogger cun Sheeda Ucu buat tutorial pasa Send Button yang baru, so dengan tutorial itulah yang mengembalikan SEND BUTTON kembali wujud. Caranya?
1. Masuk Dashboard --> Template --> Edit Html
2. Tekan Ctrl+A , Tekan Cut and Paste
3. Cari code ini --> <data:post.body/> dan tekan Enter sebanyak 2x. 2x okayyy.
4. Dah jumpa? Ok then copy code kat bawah ni, paste selepas code <data:post.body/> tadi.
Akhirnya teka-teki mengenai keputusan siasatan kes skandal dengan isteri orang yang melibatkan Adi Putra terjawab jua. Adi, isteri, ahli keluarga dan para peminatnya boleh menarik nafas lega apabila pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut. Senang cerita, Adi Putra didapati tidak bersalah.
Bercakap di sidang media yang diadakan di PWTC malam semalam, Adi Putra memohon agar tidak lagi dikaitkan dengan kes tersebut. Sekiranya ada pihak yang terus mahu memburukkan keadaan, Adi akan mengambil tindakan mahkamah. Kata Adi:-
Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai.
Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini. Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan
Tahniah diucapkan kepada Adi Putra atas berita gembira ini. Namun Abang Nara dimaklumkan bahawa si wanita yang terlibat di dalam kes ini akan turut membuat sidang media pada hari ini. Tidak pasti pula apa yang akan disampaikan ketika itu. Namun daripada keputusan yang telah diberi oleh pihak polis, ini jelas satu kemenangan buat Adi Putra. Semoga kita semua boleh tutup buku mengenai kes ini dan “move on“.
Syasya Solero Ft. Erry Putra - Macam Cantik Macam Comel - Kalau korang follow Instagram si Erry Putra ni, tahulah pasal kerjasama dia dan Syasya. Senang betul nak jadi popular. Rezeki lah tu buat Syasya Solero apabila digandingan bersama Erry Putra dalam lagu "Macam Cantik, Macam Comel. Kalau AMAR sebelum ini tampil dengan lagu nasyid, ini pula berkategori pop.
Emma Maembong Kini Bertudung - Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOP kelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.
Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.
“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.
Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.
“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi. (rtky/m)
Pelakon Johan As'ari Kemalangan - Pelakon popular, Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.
Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran. Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.
Formerly known as a Emas Putih (www.kisahemasputih.com) | 32 years old | Married | Blogging since 2009 (13 years ) | Love Travels | Brand Ambassador | Social Media Influencer
Air Asia | Air Asia Go | Tourism Japan | Tourism Malaysia | Samsung | Philea Mines Resort | Shurah | Sunsilk | Tonton | Media Prima | Swarovski | Himalaya | Yeos | Dr. Ko | Tonton vip | UPM | Uniten | Nivea | Lazada | Mcd | KFC | Honda Malaysia | Cosmoderm | Legoland Malaysia | Loreal | Celebrity fitness | Cimb bank | Booking.com | Isuzu | Flavettes | Chek Hup | SCS Butter | Mahkota | Dairy Champ | Safi | Hershey's| US Pizza | My News | CU Mart | Tasneem Natural | Gamuda | Brother Machice | Das Abdul | The Manhattan Fish Market | Food Panda | Aik Cheong | Litte Home | California Raisin | PG Mall | Guardian |