As-Salam
Instagram Anak Awal Ashaari & Scha Alyahya, Lara Alana | Lara Alana.. Serius lawa nama anak diorang ni. Dah la comel. Muka Lara macam ayahnya. Comel sangat
Uzu setiap malam akan stalk ig Lara Alana ni, rasa macam nak cubit je. Hihi. Bagi yang tak taw, Ig Lara Alana ni dah wujud masa Scha masih mengandung lagi. Tapi di private kan. hehe :)
Sekali korang tengok muka kecomelan Lara Alana ni pasti jatuh cinta. Hehe terus rasa macma nak ada anak je. Hahaha :D ok nak kahwinnnnnnn .. !
p/s : Ig Lara Alana @lara.alana
As-Salam
Menikmati Pak John Steamboat Di Hujung Minggu | Sabtu lalu, uzu dan kengkawan classmate dan si blogge kembar uzu si Fatin Bella ni, memilih ke Pak John Steamboat untuk menu makan malam.
Menu yang menarik pilihan kami berlima ialah, Set Buffet 4 Person . Set ni walaupun untuk 4 person tapi boleh serve untuk 5-6 orang. So jimat kat situ.
Sup yang kami pilih ialah, Tomyam Soup , yang mana dah menjadi kebiasaan dan pilihan ramai. Ada juga sup lain iaitu, Curry Soup, Chicken Soup, Miso Soup dan Beef Bone Pepper Soup.
Yang kat bawah ni, menjadi perhatian uzu ! Smoke Duck Breast .. Tau tak apa benda tu? Ni sebahagian daripada itik. Makan itik tak? Jangan risau, itik halal dimakan. Sama juga dengan Smoke Duck Breast ni. Rasa dia sedap tau ,rasa macam hotdog.
Kenyang sangat kami menikmati makan malam Sabtu lalu. Rasa macam nak tambah lagi. Hehe. Sedap tak terhingga. Pilihan tepat untuk menu yang kami pilih. Nak datang lagi !
Pak John Steamboat yang uzu dan kawan-kawan makan malam tu kat Wangsa Walk. Alamat boleh rujuk kat bawah :
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898
As-Salam
Bila Blog Emas Putih Tersenarai 10 Blog Pilihan | Pepagi tadi dah nampak entry ni tapi tak baca pun. Ni baru peluang nak baca. Terharu seketika..
Korang boleh baca
full entry ini . Btw thanks tau sebab update pasal ni. Blog uzu bukan ada apa pun. Biasa-bisa je. Kadang angin ribut, kadang pelangi menyinari. hihi :D
As-Salam. Uzu nak lunch :D
As-Salam
3 Hari Bergelap Tanpa Matahari Disahkan Oleh NASA Disember 2014 Tidak Benar ! | Uzu baru baca blog froghodoh yang mana ada menyatakan NASA telah sahkan artikel kat bawah ni..
National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah mengesahkan bahawa tiga hari kegelapan akan melanda tahun ini pada 21, 22 dan 23 Disember kerana ribut solar.
Ketua NASA, Charles Bolden yang membuat pengumuman itu dan meminta semua orang untuk tetap tenang. Ini akan menjadi sejarah ribut matahari terbesar dalam tempoh 50 tahun yang lalu bagi tempoh 72 jam.
Kalau ada yang terbaca, atau tershare, MOHON JANGAN PERCAYA ye ! Tak sahih langsung dan uzu dah try cari kat laman web NASA dan media sosial mereka, takda dinyatakan pun.
As-Salam
12 Bandar Di Malaysia Bakal Tenggelam | Memandangkan di Malaysia ni ada beberapa bandar yang terletak di kawasan rendah terutama bandar yang berhampiran pandai kemungkinan akan tenggelam di masa akan datang.
Paras air laut pula meningkat 10cm setiap tahun. Ni sumber dari Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai dari tahun 2004 sehingga awal tahun ni.
Risau juga dengan Sabah ni, sebab kebanyakkan bandar berhampiran pandai . Menakutkan !
As-Salam
Vector Emas Putih Yang Sangat Memukau Hati ! Cantik Tak? | Dua hari lalu, uzu dapat photo private message kat instagram . Wowww ada orang bagi lukisan vector ni.
Uzu pun tak kenal siapa dia, tetiba je bagi vector ni, tak minta permission.. Tapi uzu bukan nak marah pun.. Hihi :D
Apa pun ecik ceghap, tengkiuu sebab bersusah payah lukis vector. Cantik sangat .. Berbakat sungguh awak ni.. Nampak real muka saya. hihi .. Sebelum ni pun pernah dapat vector dar blogger merangkap sahabat baik dalam dunia blogging,
Azhafizah.com , hasil vector dia pun uzu suka. Bukan tu je, semua hasil kerja dia uzu suka, kami punya cita rasa yang sama ! Hihi. Meh tengok
vector ni.
Siapa yang berminat tu nak tempah ke, nak mintak free ke, boleh lah terjah ig dia @ceghap :) . Apa komen korang tentang vector ni? Hihi.