As-Salam
Pentingkah Seni Mempertahankan Diri Untuk Budak Sekolah? | Kes buli budak semakin berleluasa. Uzu pagi tadi sedih dan sebak je bila tengok video kes buli kat asrama. Kena tendang wo. Adui kesian budak tu. Emosi gila tengok . Kalaulah adik sendiri yang kena? Ya Allah. fikirkan...?
So, apa yang uzu boleh bantu, just nak tekankan kepada korang semua bahawa pentingnya seni mempertahankan diri dipupuk sejak kecil. Sapa yang ada anak tu, ada adik , atau korang sendiri pun boleh masuk mana-mana seni mempertahankan diri.
Contohnya, uzu sendiri ada belajar Taekwondo dari form 1 - 5 kat sekolah. Tali pinggang merah..Dah banyak kali masuk pertandingan Taekwondo, banyak kali menang pingat silver dan gangsa.
Belajar Taekwondo ni kan, boleh membantu uzu sedikit sebanyak dari sesiapa yang cuba membuli. Walaupun tak 100% dijamin selamat tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengelak. Takda la macam adik yang kena buli tu. Kesian dia. Ya Allah. Sakit pula hati kita ni. Rasa nak side kick, turning kick, back kick double lick ja pembuli tu !
So korangs, kang bila korang ada anak-anak nanti, korang bolehlah suh dia belajar mana-mana seni mempertahankan diri., Alaaa mahal takpe, yang penting tak jadi mangsa buli. Uzu pun kalau ada anak nanti, memang nak suh anak-anak masuk Taekwondo.Tak kisah kalau pasu bunga, cermin tingkap pecah, piring mangkuk terbang oleh anak-anak , janji dia kuat dan selamat di masa akan datang.. Hihi. Salam.
As-Salam
Kenapa Perut Perempuan Belum Kahwin Dah Buncit? | Perempuan dan buncit tak dapat dipisahkan? Perempuan mana tak buncit? Perempuan kurus pun, kalau duduk, ada gak berlipat perut tu. Ce ngaku .. Hahaha :D
Uzu pun mengalami masalah yang sama. Kekadang tu terpaksa pakai bengkung atau panty yang cover perut tu. Kah kah kah tapi seksa weii .. Tak selesa gila bila pakai. Kekadang kalau p event dari pagi sampai malam tu, ya allah nak pengsan je rasa.
Uzu nak kempiaskan perut, so uzu nak share tips mudah kempiskan perut.
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Ni untuk cairkan kuantiti sodium dalam badan.
2. Makan Perlahan-lahan.
Jangan gelojoh sangat makan tu. Slow-slow. Biar kunyah betul2 makanan tu. Kang boleh menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Jangan masin-masin ye.
4. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Sebelum tidur tu buatlah sit up 20-30 kali setiap malam. InsyaAllah membantu.
5. Kurangan Makan Tengah Malam
Yang ni penyumbang utama lemak berkumpul kat perut . Elakkan ye !
6. Kurangkan Makan Makanan Ringan
Kurangkanlah makan eh. Save duit. Perut pun tak boroi. Hihi.
Tu je lah tips dan cara mengempiskan perut buncit . Uzu pun nak jugaa kempiskan perut. Semoga bermanfaat ye . Salam :)
As-Salam
Bakal Buka Kedai Butik Online Sendiri | Pepagi ni mood uzu tengah berangan sesuatu. Tapi tajuk di atas bukanlah satu angan-angan tapi satu impian. Impian sejak setahun lalu, bila minat uzu lebih ke arah itu.
Uzu dah sampaikan hasrat nak keluarkan *dot dot* jenama sendiri , buat design sendiri. Keluarga uzu, kakak dan abang uzu sangat memberi sokongan. Malah Abg Ben dan semua geng #kelabbloggerbenashaari juga menyokong penuh . So, uzu pun main lagi bersemangat.
Raya tahun lalu, abg uzu kata, "buatlah kedai sendiri, jual dot dot , kau dah ada nama, banyak follower, so insyaAllah boleh " .. Dalam hati, laaa stalker adik dia dalam diam rupanyaaa. Hahaha :D
Sekarang ni uzu tengah belajar macam mana nak start berbisnes, nak servay apa yang patut, nak beli itu ini. Sekarang ni tunggu modal je . Uzu kan student, modal mesti bermula dengan sikit dulu, nanti dah okay baru kembangkan modal. Ni dalam proses nak kumpul duit modal. Slow-slow je.
Uzu bukan keseorangan tau, uzu insyaAllah ada partner, kembar uzu dalam dunia blogger, kembar uzu dalam
#kelabbloggerbenashaari,
Fatin Bella . Kami akan bekerjasama dalam bisnes ni. Doakan kami.
Uzu buat bisnes ni, saja nak cari duit lebih untuk biaya study sendiri. Ta nak susahkan bapa yang kian lanjut usia, ta nak dia susah-susah cari duit untuk uzu. Oh mengalir pulak air mata ini. Semoga niat ni Allah makbulkan dan permudahkan dan permurahkan lagi rezeki kami. Amin ya rabbal alamin.
p/s : Nak tau uzu dan fatin nak jual apa? Nantikan next entry :)
As-Salam
Kenapa Paha Perempuan Besar ? | Uzu pun ada masalah peha besar ni. Teringin juga nak tau kenapa pulak tetiba lemak berkumpul kat situ. Dah la badan kecik tapi peha besar. Wuu malu...
Jom kita baca fakta-fakta ni, mana tau membantu sedikit sebanyak menguruskan kembali bentuk paha kita ni. Hahaha :D
1) Terlalu banyak duduk
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.
2) Salah pilih jenis seluar
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.
3) Keturunan
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?
4) Bentuk tubuh
Jangan risau, memiliki peha besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu. Contoh bentuk badan seperti buah pear atau potongan A.
As-Salam
Duet Dengan Famous Youtube Singer Taufiq Nazli | Al-kisahnya hari Sabtu yang lalu nak keluar ngan kengkawan, Tya Salmid , Fatin Bella , & Huzairy Yahya .
Tapi tak taw lak si budak couple seminggu ni bawa Taufiq Nazli. Terkejut juga mamat ni masuk keta uzu . Aipp... Macam kenal. Hahahahaha :D Memang kenal pun, uzu selalu layan cover lagu dari dia kat youtube.. Boleh search Taufiq Nazli
Sabtu tu, kami jejalan kat jalan Tar, makan kat Klcc , Bangsar dan last sekali layan karaoke kat Sogo. Peghhhh tak sangka Taufiq ni orangnya not bad, peramah, kepala sengal dan suara tu serak-serak basah.
3 jam layan karaoke. Sempat juga duet lagu ngan Taufiq. Alaaa suara biasa-biasa Vs suara retis gitu. Hahaha :D Maafkan saya suara sumbang. Hahahaha. Saja nak layan sengal !
Bagi yang belum kenal Taufiq Nazli, boleh search kat pesbuk Taufiq Ozil , ig n twitter @taufiqnazli . Bagi yang dah kenal, hehehe layan la lagu di atas. Ok lah nak sambung buat keja. Salam :)
As-Salam
Disebalik Tabir Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari | Seawal pagi lagi uzu dan fatin orang yang pertama datang ke Studio. Nasib baik studio kat Setapak je. Hihi.
Bila dah datang tu, semua dengan Make Up Artist masing2 mencantikkan diri. Lawa sungguh lah kami kelmarin. Suka tengok geng2 lain kena mekap. So lovelyy .. MUA uzu pulak boleh baca
entry ini .
Banyak sangat gambar kami kelmarin sampai tak taw nak upload yang mana 1. hihi. Rindu sangat saat-sat indah kebahagian yang terserlah dimuka memasing. Apa tak nye, seronok berkumpul ni. Semua kepala sengal ! Semuaa dah macam keluarga masing-masing :)
Ada yang flight dari Kelantan, abam
Eraz Fadli , datang dari Johor ,
Mawar Biru (Lisa) dan ada yang datang Penang ,
Faizal Fredley .. Terharu tak? Gilaaaa tak terharu.. Sanggup tau diorang datang. Tiket flight tu mahai..hmm..
Terima kasih juga buat penaja untuk photoshoot kami kelmarin, Shawl by
Tya Salmid , Pin Hijab by
Dania Facon, Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon @etty_garib @yanneskay .
p/s : Nanti bila gambar photoshoot kami dah keluar, uzu update lagi eh !! Salam :)