Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.
Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.
Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.
Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.
“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.
Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.
Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.
p/s : Gwiyomi.
Pelakon Jehan Miskin akan menamatkan zaman bujangnya sabtu ini dengan gadis yang berasal dari Korea.
Gadis Korea dtersebut dengar khabarnya menetap di Kuala Lumpur dan telah mengenali Jehan sejak 5 tahun lalu.
"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.
"Saya akan ceritakan segalanya nantio selepas selesai majlis pernikahan," ujarnya.
Majlisnya yang serba ringkas dibuat di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu sahaja.
Majlis perkahwinan Jehan Miskin akan diadakan sekali sahaja dan majlis akad nikah pada sabtu ini akan bermula pada jam 2 petang.
"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," katanya.
Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey | Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.
Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar bunyi itik.
Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.
Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.
Saksikan juga bagaimana Eja dirasuk dirumah Mona Fendy
Subhanallah - Benarkah Ini Merupakan gambar Terkini Permukaan Matahari? | Mengambil gambar matahari dengan teleskop jarak jauh sangat merbahaya.Bagaimanapun ia berjaya dirakam setelah teleskop baru dicipta untuk menapis cahaya matahari yang panas itu.Gambar-gambar dibawah ini merupakan kejayaan yang luar biasa kerana buat pertama kali matahari berjaya dirakam pada permukaan oleh ahli astronomi bernama Paul Andrews.
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500c dan suhu teras 15juta c
Matahari dikelaskan sebagai bintangkerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.
Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahariini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung.
Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria. Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Formerly known as a Emas Putih (www.kisahemasputih.com) | 32 years old | Married | Blogging since 2009 (13 years ) | Love Travels | Brand Ambassador | Social Media Influencer
Air Asia | Air Asia Go | Tourism Japan | Tourism Malaysia | Samsung | Philea Mines Resort | Shurah | Sunsilk | Tonton | Media Prima | Swarovski | Himalaya | Yeos | Dr. Ko | Tonton vip | UPM | Uniten | Nivea | Lazada | Mcd | KFC | Honda Malaysia | Cosmoderm | Legoland Malaysia | Loreal | Celebrity fitness | Cimb bank | Booking.com | Isuzu | Flavettes | Chek Hup | SCS Butter | Mahkota | Dairy Champ | Safi | Hershey's| US Pizza | My News | CU Mart | Tasneem Natural | Gamuda | Brother Machice | Das Abdul | The Manhattan Fish Market | Food Panda | Aik Cheong | Litte Home | California Raisin | PG Mall | Guardian |