As-Salam
Hairan Sungguh Gua Kenapa Meatball Ikea Damansara Menjadi Perhatian Ramai ! | Kakak aku hari tu datang dari Sabah, ada urusan kerja kat Putrajaya. So aku pun bawa dia jejalan.
Nak dijadikan cerita, dia beria-ia nak g Ikea tu. Uzu kan duduk Bangi.. Bangi ke Damansara gila jauh tapi uzu bawa juga.
Ingatkan nak p beli barang-barang rumah, rupanya nak p makan Meatball je ! Tapi uzu memang dah lama dengar yang Meatball Ikea memang terbaik dan sedap ..Sedap ke?
Bila uzu rasa, hmmm tak sedap pun. Biasa-biasa ja. Bila uzu rasa kali kedua, hmm not bad dan bila uzu habiskan sampai habisss, woww sedap gila ! Lain daripada yang lain..
Tak rugi lah uzu p rushingggg ke Ikea. Uzu sampai Ikea jam 9.15 Malam walhal Ikea tutup jam 9.30 malam. Tapi ramai juga yang makan kat situ even dah jam 10.30 malam.
Nak ke Ikea lagi. Sebab kambing bakar dia ya Allah, sedap gila-gila. Tak pernah rasa kambing sesedap itu ... ok lah. Lapar la pulakk . Nak breakfast ! Salam.
Waktu Operasi Ikea Damansara
Isnin - Khamis : 9.30 pagi - 10 malam
Jumaat - Ahad & Public Holiday : 9.30am - 11pm
As-Salam
Blog Juga Akan Dikenakan GST | Sebagai seorang blogger , uzu sangat terkejut dengan berita ni. Betul ke? Sahih ke tak berita ni.. Kalau betul macam mana?
Merujuk kepada beberapa sumber, bermula 1 April 2015 GST akan dikenakan kena mana-mana blog yang menjana pendapat melaluinya..
Tapi jangan salah faham ye, bukan semua blog akan dikenakan GST, kemungkinan blog yang pasang innity atau adsense je yang dikenakan GST . Setakat blog macam uzu ni, tak letak apa-apa, alhamdulillah tak dikenakan GST.
So, korang tak perlu risau ye . Teruskan berblogging sebab itulah minat kita. Dari minat kita boleh hasilkan jana pendapatan sendiri tanpa GST. Caranya? Sewakan tapak banner kat orang lain ! Kan senang daripada tunggu earning yang tak sampai-sampai. Hihi.
Ok lah. Selamat malam semua. Uzu nak tido. As-salam
As-Salam
Sponser Untuk Official Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari | Pasti ramai yang tak tahu kan yang kami geng-geng blogger
kelabbloggerbenashari akan mengadakan official photoshoot Ahad ni.
Alhamdulillah, uzu sangat terharu kepada sponser-sponser yang terlibat, seperti sponser studio, sponser makeup artist, sponser shawl dan baju -baju shoot . Terima kasih yang sudi bekerjasama dengan
Kelab Blogger Ben Ashaari .
InsyaAllah, sebagai returnnya, sponser akan dapat 1 blogpost review dari blogger yang disponser dan kesemua sponser akan di tag oleh semua blogger yang terlibat dalam photoshoot ni kat media sosial.
Terima kasih banyak-banyak tau yang sudi sponser tu. Hihi..Pada sesiapa yang nak sponser , sponser flower crown ke, sponser baju-baju ke, jubah ke, kasut lelaki perempuan ke dan macam-macam lagi, maksudnya yang berkaitan dengan shoot, boleh PM uzu kat pesbuk
Emas Putih II .
Tapi uzu nak yang dekat-dekat je, tak yah pos-pos sebab dah takde masa , Ahad ni 2 Nov we ols shoot . Kat Setapak . . hihi..last sekali, terima kasih pada yang menyokong kami selama ni. We love youu !
As-Salam
Instagram Anak Awal Ashaari & Scha Alyahya, Lara Alana | Lara Alana.. Serius lawa nama anak diorang ni. Dah la comel. Muka Lara macam ayahnya. Comel sangat
Uzu setiap malam akan stalk ig Lara Alana ni, rasa macam nak cubit je. Hihi. Bagi yang tak taw, Ig Lara Alana ni dah wujud masa Scha masih mengandung lagi. Tapi di private kan. hehe :)
Sekali korang tengok muka kecomelan Lara Alana ni pasti jatuh cinta. Hehe terus rasa macma nak ada anak je. Hahaha :D ok nak kahwinnnnnnn .. !
p/s : Ig Lara Alana @lara.alana