As-Salam
Ada tengok berita tak semalam kat Buletin Utama TV3 semalam? Dengar khabar telefon pintar rebat RM200 boleh untuk semua jenis. Jom baca entry penuh.
Menurut laporan Sinar Harian Online, Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.
Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.
sumber.
As-Salam
Jom kita isi permohonan online rebat RM200 untuk telefon pintar ni di
http://nbi.skmm.gov.my
mulai 1 January 2013. SEBELUM tu klik sini http://bit.ly/Ulcdfb
Senarai Telefon 3G yang layak di Rebat
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V79
Syarat
Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile, YTL Yes, dan juga TuneTalk akan mengambil bahagian dalam operasi rebat ini.
Syarat rebat Telefon PINTAR RM200
Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun
RM3000 pendapatan bulanan di bawah
Model telefon pintar 3G diluluskan sebanyak RM500 harga maksimum
Hanya telefon pintar untuk belia.
Bagaimana untuk memohon:
Borang pra-pendaftaran mestilah dilengkapkan secara online di laman web www.skmm.gov.my. Pemohon juga boleh mengemukakan kepada Pusat Internet 1Malaysia atau wakil-wakil yang dipilih pembekal yang berdekatan.
Dokumen yang perlu dikemukakan:
Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar sepenuh masa / sambilan
ok itu sahaja. Salam :)